Monday, September 5, 2016

Creampuff by Grogon

Hai peeps! Uolls dah try belum resepi kek cokelat yg Grogon share few days ago tu? How it was? Sedap tak? Gebu gedebas tak? Huhuuuu. Okay now, Grogon nak share satu lagi resepi yg Grogon try masa cuti sem haritu. Grogon kasi nama dia, creampuff superb delicioussss slurrpppp. Hahaha, panjang pulak nama dia kan, takpe. Yang penting rasa creampuff tu.

Grogon dah try few resepi creampuff, and this is the one yg sekali cuba terus menjadi. Ikut je exactly resepi, and surely it becomes a CREAMPUFF. Base creampuff yg Grogon tgok semua basically sama saja, cuma amount dia berbeza mengikut resepi-resepi yg sedia ada.

Plus, Grogon sangat particular on filling creampuff tu sendiri. Sebab! Grogon tak minat filling yg guna kastard. Rasa dia sangatlah lain, and filling nya jadi keras. So, filling yg Grogon buat, totally without tepung kastard. Eh, panjang pulak Grogon cerita. Okayyy, here comes the recipe!

Bahan-bahan A (untuk creampuff)

250ml air
100g butter
125g tepung gandum
1/2 sudu the gula
2 sudu the baking powder
3 biji telur

Step 1: Panaskan air, butter dan gula sampai mendidih
Step 2: Kecilkan api, masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sehingga tiada tepung berketul
Step 3: Masukkan telur satu per satu, dan kacau sehingga sebati
Step 4: Masukkan doh ke dalam piping bag bernozel bintang
Step 5: Bakar dengan 150celcius selama 30 minit gitu, sampai kekuningan

Bahan-bahan B (filling creampuff)

2 biji kuning telur
40g gula
20g tepung jagung
200ml susu segar
1 sudu the esen vanilla.

Step 1 of 1: Masakkan semua atas api, make sure uolls gaul sampai lembut dan tepung tak berketul. Gaul filling ni memang makan masa sikit. Sebab nk make sure jadi cair tu. So, jangan give up! Mana tau boleh naik muscle kt lengan tu huhu. Manis tu ikut tekak sendiri la, kalau nak extra manis, letak susu pekat sikit.


Ini, creampuff yang dah siap dibakar. Gebu gedebas kan? Belum masuk filling lagi

Tadaaaa, siap dah creampuff Grogon. Time ni Grogon buat kek batik sekali, buat minum petang. Kalau nak cantikkan creampuff tu, taburkan sikit gula icing atas creampuff.

Alhamdulillah, lepas je menjadi creampuff Grogon ni. Terus Grogon try cari market. Buat kecil-kecilan je tambah duit belanja. Ada juga yg sudi beli huhuhu. At first memang nampak leceh and menyusahkan tauuu buat creampuff. Tapi, lama-kelamaan, jatuh cinta pulak. Huhuhu, senang je rupanya buat creampuff ni.

So uolls boleh la try pulak lepas ni. All the best peeps! Grogon.

No comments:

Post a Comment