Thursday, September 1, 2016

Kek by Grogon

Hai, harini Grogon nak cerita sikit pasal bisnes kecilan Grogon sementara Grogon habiskan saki baki cuti ni. Huhuhu, dah hujung cuti baru discover yang Grogon sangat terer baking mem-baking ni. Haha, so, few weeks back, Grogon try la buat kek coklat sebab Grogon teringin sangat nak makan. Try punya try, menjadi. Sedap pulak tu huhu.

Dengan bantuan kewangan sikit dari parent Grogon, Grogon pn start la jual sikit sikit. Alhamdulillah, first week jualan Grogon ade lah sikit. Buat pulang modal, untung simpan utk beli brg nak masuk sem. Ehhh, actually Grogon nak share resepi je ni. Boleh la uolls try buat pulak kan, mana tau boleh jadi side income pulak.

Bahan-bahan A (disiapkan awal pun okay, so nanti tinggal campurkan aja)

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat 


Bahan-bahan B

2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan air suam 
3 biji telur

Okay, first uolls mixer kan semua ingredients B, campur je semua dalam 1 bekas, and kacau/mixer kan aja semua.

Lepas dlm 5 minit mixer kan, uolls masukkn semua bahan-bahan A yg dah disiapkan awal tadi tu kan. Teruskan pukul/mixer sampai takde tepung yang berketul. Biasanya time gini, Grogon dah start panaskan over suhu 150'celcius gituwww, api atas bawah.

Siap mixer, sediakan dulang/ bekas yg sesuai untuk bakar kek. Lapikkan dengan kertas, kalau takde kertas utk kek tu pun takpe. Pakai A4 paper je. Letak butter keliling kasi kek tak melekat.

Kemudian, tuangggggg semua adunan dlm bekas. Masuk oven dan bakar 40 minit. Make sure sebelum keluarkn nnti, check dulu dlm tu dah masak ke belum (either guna lidi tak pun garfu pun boleh)

SIAP!



Tengok tuwww, gebu kek coklat Grogon. All the best peeps!

No comments:

Post a Comment