Yang pada dasarnya aku cuma picisan yang paling lemah tak berdaya hadap rasa diri sendiri.
Bukan mudah nak terus bermain dengan minda akal paling bebal yang punya aku.
Sebab selama mana aku terus usaha, aku tetap jatuh bangun jatuh bangun jatuh tak bangun bangun
Rasa tak mampu buat kau terus menjadi lebih baik cuma rasa mampu buat terus selesa dengan rasa kau
Mudahlah kau nak kata yang kita semua tak berpeluang mencari masa dan ruang agar setiap jasad kita selitkan dengan seruan
Kejadah dunia memang tak adil
Manusia memang kejam
Rasa selalu binasa
Kehendak hanya nafsu semata
Mati tetap milik yang Maha Esa
Oh dunia, kenapa mudah aku yang terleka
Oh dunia, kenapa mudah aku yang tersungkur
Oh dunia, kenapa mudah aku yang tersasar
Oh dunia, kenapa mudah aku yang terpisah
Oh dunia
Bila esok bukan lagi milik kita, rindu ini biarlah berpada
Bukan apa, cuma terlebih dengan rasa. Rasa yang mati tanpa cinta
Manusia bukan mahu yang depan mata, mahu juga yang hilang daripadanya
Kalau terlanjur mulut lancang berkata, itulah sifat durjana yang tak pernah hilang dari muka
Mana hati kental tiap malam asyik teringat
Padu juga dunia ni tusuk ke aku.
No comments:
Post a Comment