Wednesday, July 1, 2015

Lost

Dihitung bilangan janji-janji yang telah dia tepati
dikira dengan jari perkara yang masih tertunggak 
pantas digerakkan segala paksi-paksi mati 
disegerakan segala usaha yang menanti 
mana mungkin dia sedar akan bahagia Tuhan janji
alpa dia akan duniawi
entah hingga bila dia bersujud terbuka hati 
moga satu hari nanti hidayah Tuhan menuruni pasti 

Mungkir segala janji terpatri 
patah hati dalam mimpi 
dikerjakan manusia yang busuk hati 
dungu dibuatnya 
terganggu emosinya 
bercelaru fikirannya
entah apa dilakukannya
dia sendiri belum pasti 
akan tetapi, 
dia mahu. Mahu seperti dihatinya mahu, mahu semahunya 
dia pergi, 
tinggalkan segala manusia dia pernah benci 

Seakan naik turun, 
tinggi dia akan jatuh menjunam hingga dia pasti terduduk meraung
dia mungkir lagi 
janji pada dirinya sendiri 
ingin terus berbakti 
bukan hanya jadi si caci maki 
padahnya 

Dia yakin mata terlihat sekeliling nyaman tegurnya, indah padanya
wangi baunya, lembut anginnya, damai hatinya 
akhirnya 
dia cuma belum pasti jika keringatnya sudah dikerah sehabisnya
dia peluk dirinya dalam angin kencang bertiup 
dia usap kepalanya dalam samar samar 
dia belai rambutnya dalam kicauan burung 
dia cinta akan hatinya sambil mendepakan tangannya 
ah seronoknya 
moga bukan lagi dibuai lena 

dia berlari 
mencari dirinya sendiri 

No comments:

Post a Comment