Showing posts with label Dari Draft. Show all posts
Showing posts with label Dari Draft. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Selamat Sejahtera

Untuk yang tidak lagi mahu berkongsi udara

Untuk yang tidak lagi mahu berkongsi kata

Untuk yang tidak lagi mahu berkongsi percaya

Untuk yang tidak lagi mahu berkongsi rasa

Untuk yang tidak lagi mahu berkongsi cela

Untuk yang tidak lagi mahu berkongsi kita

Selamat Sejahtera

Wednesday, January 8, 2014

Rajuk

Kamu yang disana
jangan merajuk lama lama
aku nak pujuk tidak tahu cara

Cerialah kembali
aku sentiasa disini

Tidak lari

Tuesday, January 7, 2014

Allahu

Perilah dunia

Nafsu semata

Terus leka

Dan lena

Mujur ketemu jua

Leher terjerut

Seru nama-Nya

Allahu

Monday, January 6, 2014

Rona

Sayang,

jika diberi kesempatan
sila dakap pandang tepat pada mata aku
sila ucap apa yang sudah terungkap

kerna aku tahu
itu semua pasti terungkap

kucup dahi ku
lalu bilang apa yang kau mahu

sesungguhnya sebenarnya aku sudah tahu

apa isi hati mu, sayang.

Sunday, January 5, 2014

Cerita mati

Yang luntur hilang dari hati itu semangat aku
Kadang percaya mampu mengubah hari esok
Lantas aku cekalkan diri
Peduli walau jalan sendiri
Penuh dengan duri


Kalau esok aku masih berpegang pada janji
Kenapa tidak kau jangan mungkiri
Lumrah pada diri kadang kadang mati
Tapi bukan selamanya akan pergi
Sendiri lagi

Hidup wujud rasa celaka
Yang kaya terus bermandi dusta
Yang miskin terus mengemis derita
Dan aku, berada antara dusta dan derita


Selamat malam, pendusta derita yang celaka