Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Hell yeah November!

Finally! It comes to the end of November.
Sumpah penat sangat throughout the month. Tak menang tangan siapkan itu ini.

  • COSA's Family Day
  • Berpuluh submission kerja
  • Bertimbun assignment, semua buat last minute!
  • Birthday party
  • Teater Kamar Karma
  • AGD Kamar Karma
  • Text Animation!
  • Video CMC Video EM
  • And semua semua semuaaaaa on November.
Allah je yang tau betapa penatnya nak harung satu bulan ni. Pegi kelas balik kelas malam meeting sampai ke tengah malam. Bangun siapkan kerja pagi pagi buta. Pehhhhhhhh thrill sangat tau bulan ni.
Tapi yelah, eventho penat nak mati, yet it still the best memories had been made.

We're having so much fun together. Sikit jelah lagi aku nak habiskan sem paling tough ni, maybe sebab aku teramik subject yg more to practical, and at the same time aku join teater lah pulak society itu ini lah pulak.

Penat berbaloi. Ramai kawan. Yang penting, experience tu ada.

And, aku share sikit la Kamar Karma's families ehhhh




 
 
Thank you for the unforgettable memories! 

Thursday, September 18, 2014

dia cuba, cuba benda baru

Dalam hidup, tak thrill kalau kau tak cuba benda baru
tak hebat kalau tak rasa makanan baru
tak cool kalau tak lepak dengan kawan baru
dan yang pasti
tak maju kalau tak improve diri sendiri

jadinya gagahkan jugak menapak tadi
even penat paling letih sesak hari ni
kelas berduyun masuk gym keluar jogging
tapi kuat jugak pegi
mencuba

mencuba rasa yang baru
teater

Sunday, June 30, 2013

Pikul bulan July

Assalamualaikum.
Heyy uolls, whts up? Sihat dak? Unfortunately, aku takde benda nak tulis. Walaupun dalam otak ni banyak benda yang aku pikirkan. Cuma, hati ni kadang kadang tak tenteram entah apahal. Aku pun tak daya nak pikirkan. Cukup la kauorang tau penat bahu ni pikul apa jua yang ada.
Lagi, tiap kali. Tiap kali. Tiap kali aku scroll. Entah apahal. Aku jatuh hati apakah? Defakkk aku dah penat. Lagi scroll lagi scroll lagi dan lagi, end up aku putuskan untuk berhenti and get lost dari situ.
Yeppp, berapa lama je lagi Julai. Like seriously? There's nothing to be told bout July. Moga July lebih bahagia. Moga July lebih bermakna. Moga July lebih barakah.
I should stop here, sleep well guys.

Tuesday, June 4, 2013

Untitled #5

Biasalah , manusia mana pernah puas dengan apa yang dia ada . Aku juga manusia macam kauorang .

Cuma persepsi kita berbeza . Kau nak mengata , kau kata . Kau nak memperlekeh , kau lekeh kan aje . Kau nak rasa penangan aku , kau datang la sini kita boleh try kuat tak kuat .

Sebelum kita sama sama jumpa kat neraka kerana dosa kering yang kau cuba tindankan kat aku , baik kita cuba mana yang patut dulu .

Kita , muhasabah .

Tuesday, April 9, 2013

Minda segar .

Dunia khayalan , penuh dengan segala macam ragam manusia yang hati kering serta sering terdedah akan nafsu serakah semata . Lagi hidup yang makin hari makin membusuk hati nya . Punah segala harapan dan tingkah tingkah durjana . Aku terus melangkah dan melangkah dari satu tapak ke satu bukit yang tinggi . Oh atau aku cuma insan biasa yang kau pandang sebelah mata kerana di depan dunia milik kau . Ada dia yang kau rasa sempurna . Tapi hanya sekali kau akan merasa sesak dalam hati kau kerana kau terlalu mementingkan diri kau yang sekali kau tak pernah rasa hina . Oh itu kerana kau , kau seorang yang penuh dengan pendirian bukan dari ilmiah pelajaran masa kini .

Jangan kata aku merepak sebab aku hanya menulis apa yang terlintas . Bagi mereka yang memahami segala penulisan Bahasa Melayu B+ aku ni , aku angkat dagu , dongak kepala . Dan terus bertanya . Apa yang aku rungkaikan ini bukan satu pemahaman . Ia satu penulisan tidak berasas sedang aku berada di dalam pembelajaran berterusan .

Ini semua bukan propaganda politik zaman moden di Malaysia , ia cuma propaganda polemik yang sungguh sadis dan menyayat hati . Baiklah , aku tinggalkan cerita buruk ini dengan harapan satu hari nanti , akan aku sambung penulisan ini .

Tinggal dahulu .