Thursday, November 3, 2011

Dear Blog.


Blog bukan tempat aku luahkan rasa cinta aku. Ia hanya tempat aku kongsi suka duka hidup aku yang sederhana ini. Bersarang kepala. Cinta. Sahabat. Lawan? Mungkin aku dan kau takkan seperti dulu. Biar lah ini berlaku. Supaya aku mengenal erti persahabatan dan cinta lebih dari yang aku sangkakan. Bukan cinta aku putus ditengah jalan, tetapi aku yang putuskan. Bukan persahabatan aku terbiar begitu sahaja. Tapi aku yang mengeruhkan. Kau dah cukup baik buat aku. Mungkin aku dah tak mmpu untuk jaga hati kau. Mungkin kekurangan diri aku lebih daripada kelebihan sehingga aku tak mampu menutup segala kekurangan ini. Aku dah tak mampu berdiri tegak. Statik. Tapi tangan aku mampu mencapai segala impian aku. Walaupun hampir kabur di pandangan. Kau pernah buat aku tak sedar masa berlalu. Begitu pantas sehingga aku tak mampu mengejar nya. Manusia, pantas berubah. Dan aku. Sedang berubah. Berubah entah ke arah lebih baik atau sebaliknya. Aku sendiri tidak pasti walaupun aku yang membuat keputusan. Membiarkan kau terkapai kapai keseorangan. Aku dah tak mampu nak bersama kau. Bukan sekarang. Mungkin bukan hari esok juga. Kerna dalam dunia ini. Aku hanya mampu merenung apa yang terjadi saat ini. Hari ini. Tika ini. Dan jika esok bukan lagi milik aku. Aku mahu kau tahu. Aku maafkan kau. Dan maafkan aku. Sekian.

1 comment:

  1. em..sabar la sume ni ujian...awk mude lagi... xpe pandang depan n berlajar rajin2... insyallah ble awk dah kje nnt br awk akn jmp teman hidup yang sebenar......hehe :)

    ReplyDelete