Tuesday, January 24, 2012

Diri Ini.


Entah apa aku nak update hari nie.
Tak tahu apa yang bersarang dalam kepala.
Sungguh semak aku rasakan.
Tidak mengerti apa lagi yang tak kena.
Apa lagi yang masih kurang disini.
Di hati ini. Apa yang masih tidak cukup.
Tidak aku mengerti segala kekusutan ini.
Buat aku jadi tidak menentu.
Kesedihan biarlah berpada pada.
Menanti bulan ytang tak kunjung tiba.
Pulang kepangkuan seerat erat yang mampu.
Merindui kecantikan alam Ilahi.
Subhanallah. Indahnya alam ciptaan-Nya.
Terasa sendirian saat ini.
Tiada yang menemani. Sendirian. Keseorangan.
Warna biru menenangkan kala ini.
Memandang tigkap penuh sayu. Hiba.
Entah apa yang berlaku diluar sana.
Sendirian di dalam bilik yang sunyi ini.
Buat aku tertanya tanya.
Siapa yang akan menemani aku saat ini?
Siapa yang bakal menjadi peneman diri ini.
Sedihh.
Itu sahaja yang boleh menggambarkan diri aku saat ini.
Bulan, indahnya jika aku berada disisi kau.
Melihat dunia yang begitu indah.
Tanpa mengerti apa yang terjadi.
Kau bersinar atas kehendak-Nya.
Ingin aku menidakkan apa yang tersirat dihati.
Aku tidak mampu.
Tidak sekuat dan setabah dahulu.
Hanya mampu menangis memikirkannya.
Sekian.

No comments:

Post a Comment