Monday, May 21, 2012

Kata kata datang dari HATI

Aku punya hati.
Hati yang ada cebisan luka luka lama.
Kadang kadang ia terasa pedih entah kenapa.
Kadang kadang ia ditaburi kuntum kuntum indah.
Sungguh wangi semerbak.
Bila ia telah layu hari ke hari.
Luka pun berdarah kembali.

Termangu aku memikirkan.
Aku hanya insan biasa punya rasa yang kadang kala binasa
Binasa terhadap diri ini.

Bersujud aku ketika dalam tangisan.
Kadang alpa pulak tika hadapi kegembiraan.
Moga ia tidak binasakan hati ini.

Tidak semudah disangka.
Propaganda murahan klasifikasikan itu.
Bukan sangka aku hati begini.

Anak jati kukuh pedoman diri.
Teguh lagi aku dengan keputusan ini.

Buang hitam hitam.
Kutip kaca berderai.
Manis gula katanya.
Padahal ukir senyuman kala hiba.

Pernah sedar atau tidak berdiri statik aku bosan.
Cuba cari api agar terangi.
Hanya asap kepul kepul meliputi.

Hoi !
Penipu kuasa tiga !
Cukup setakat ini.
Ahhh.
Malas berfikir lagi.

Dah aku ucapkan.
Maka jatuh hati ini kepada kamu.

Cinta itu namanya. Haiishh :)



2 comments: