Thursday, July 19, 2012

Percaya atau tidak . Aku berubah .

Jujur dari hari dan nurani . Aku penat .
Aku letih dengan semua yang terjadi . Aku lemah dengan apa yang berlaku .
Aku tak sanggup dah nak hadapi lagi hari mendatang .
Aku sakit bila berpura aku bahagia .
Aku pedih bila ukir senyuman kala duka .
Aku menangis tangisi hati kala hiba .
Pernah sekali aku cuba untuk pertahankan rasa ini .
Dan akhirnya , aku sendiri tewas dalam peperangan menentang jiwa .
Jiwa aku yang meruntun . Jiwa aku yang kacau .
Bila aku mula mencuba bangun sekali dengan semangat .
Jiwa aku patah . Kerap kali aku tarik hati ini pulihkan semangat ini .
Cuba untuk tetapkan hati ini kerana aku mengerti keperluan hati ini .
Mungkin sekarang aku tidak mampu , aku ketandusan .
Aku kehilangan kata kata . Ya !
Terlalu banyak persoalan yang belum aku rungkaikan lagi .
Kebelakangan ini hati tak tenteram .
Sudut sana aku terpandang sejadah tempat aku bersujud . Aku rindu .
Aku perlu akui hati ini rindu .

Hampir tiga hari aku dan dia tak bertegur sapa .
Entah kenapa . Masalah kewangan menghimpit himpit .
Terasa aku bila sakit perit begini .
Rindu tak perlu aku bahaskan dalam konteks pemahaman .
Hanya aku dan dia mengerti rindu antara kami .

Sakit ini bawa pergi dosa lalu . Dosa kecil aku .
Yang mana aku sendiri tidak tahu timbangan berat antara ia dan pahala .
Moga ia beri kelegaan kepada aku .
Bila lama kami tak berbual . Rasa kekok pada diri .
Apa yang perlu dibualkan . Apa yang perlu diluahkan .
Apa yang harus aku tanyakan .
Sekejap ketika aku merasakan kejauhan antara kami .
Buat aku berfikir sejenak . Apakah ia ?

No comments:

Post a Comment