Friday, October 12, 2012

Cinta dari Allah .

Salam dari hati nurani , buat insan insan yang disayangi . Malam ni terasa syahdu dan sayu . Entah kenapa .
Rindu nak menangis . Rasanya dah lama tak menangis . Entah kenapa . Rasa lain bila dah lama tak nangis .
Menangis itu perlu , bila kita rasa hati kita perlukan . Perlu menangis sepuas yang mungkin .
Rasa sedih bila mata ini tidak menitiskan air mata .

Kenapa jadi begini ? Aku bukan terlalu kuat sehinggakan tidak mampu menitiskan air mata . Sayu rasa hati ini bila dah lama tak menitiskan air mata . Ya Allah , apa yang telah berlaku pada diri aku . Sesungguhnya menangis itu akan mengingatkan aku bahawa ini semua permainan dunia .

Ya Allah , aku tidak kuat untuk semua yang terjadi . Kau telah temani aku lalui semua liku dunia yang sering cuba menjatuhkan diri aku . Berikanlah aku rasa yang mampu buat aku menangis . Sesungguhnya aku merindui saat aku sedu sedan dalam tangisan yang hiba itu . Terlalu banyak perkara yang pengaruhi aku .
Buang segala rasa yang aku rasa . Nafikan segala kata yang aku terima . Aku mengaku , ia perit , ia sakit .

Mungkin kerana masa lalu telah mengajar aku menjadi kuat , tabah , tegak berdiri sehingga aku hilang rasa yang aku patut rasa saat ini . Masa lalu telah menguatkan hati aku , menolak segala perkara yang aku rasakan aku perlu jauh kan dari hati aku . Menafikan rasa sakit yang hakikatnya memakan diri aku .

Aku perlu kan mereka yang sentiasa menyokong aku dari belakang , membantu aku ketika aku jatuh , menarik aku semasa aku tidak mampu bangun . Ya Allah , moga kau permudahkan hari aku yang bakal mendatang . InsyaAllah . Kau Maha Mengetahui segala apa yang aku rasakan . Aku perlukan ruang agar aku mampu menangis , menjerit sekuat hati aku , melafazkan semua kata kata yang aku perlu agar tenang seketikan hati ini . Kembali kepada Mu , aku mohon Ya Allah , kau bantulah aku .


No comments:

Post a Comment