Saturday, December 8, 2012

Hidup perlukan satu kuasa yang luar biasa agar aku mampu bertahan seperti mana yang sepatutnya aku. Pertahankan rasa, kuasa, jiwa aku. Bila masa aku punya kuasa yang luar biasa itu, jangan harap kau mampu tolak aku kerana aku mampu berdiri teguh macam sedia kala. Penat nak luahkan rasa bila aku sendiri tak tahu nak rungkai kan rasa ini. Aku cuma rasa yang dalam hati ini tak berapa teguh. Ya Allah, kenapa susah sangat dorang ni nak jujur dengan rasa mereka. Sedalam mana pun kau simpan, sekuat mana kau rahsiakan, at the end aku tahu jugak. Ya Allah, kurniakan aku rasa cinta yang datang dari-Mu dengan penuh keberkatan. 
Rasa macam sayang, tapi kenapa belum pasti. Kuatkan rasa sayang jika zahirnya memang aku menyayangi. Rasa rindu itu tak pernah hilang, beri peluang agar ia berpanjangan jika memang aku merindui. 
Jangan buat dunia rasa macam tunggang terbalik kalau kau sendiri tak pasti dengan apa yang kau rasa. Jangan beri hati jika tak sudi. Jangan bagi harapan kalau belum rasa yakin. Semoga Allah tunjukkan rasa yang layak aku rasa. 
Bila cuti telah panjang aku rasakan, aku hakikatnya gugup hadap masa depan yang aku sendiri belum pasti ia milik aku atau sebaliknya. Belum sedia tunggu keputusan, belum sedia hadapi keputusan dan yang pasti belum sedia mulakan apa yang bakal aku putuskan. Bila ia tangguh dan tertangguh, masa makin menghimpit rasa aku. Menjadikan aku lemah dengan apa yang mendatang. Aku letih nak pikirkan. What thee aku bebel semua ni. Halaaa , sumpah bosan ! 
Rasa macam malam dah cukup panjang . Aku belaa dulu . 

No comments:

Post a Comment