Saturday, February 16, 2013

Tenang sayang .

Cari inspirasi dari hati yang nurani . Sebab aku cuba tenteramkan hati yang gundah kelam tak sedia semua aku wujudkan . Bila aku mula bermain dengan rasa yang amatlah binasa tak mungkin mereka fahami segala isi hati . Wujudkan rasa syukur aku atas nikmat yang Dia kasi kat aku selama ni . Cuma nya , masa sekarang ni aku perlukan someone yang mampu nak layankan perangai ikutkan hati aku ni . Yang cuma mencuba nasib kalahkan orang lain . Perang dunia aku kau berani tempuh sama sama tak ? Yes ! Sama sama dengan aku , kita try wujudkan satu alam yang aku dengan kau boleh sama sama hiking tinggi melangit . Alah , lupakan caci maki tu semua . Sikit pun tak datangkan kudis kat aku . Lagi la takde parut . Apedehal ?! Kan . Mencacai je nak bual lebih lebih serumpun otak macam kena perah kasi keluar darah likat likat . Ini cuba kita hargai life kita supaya kita sama sama bahagia .
Biasalah kalau orang jaga tepi kain kau , mereka ambil berat . Biarkan mereka , mereka tidak tahu . Sebab mereka terlalu sibukkan hal orang lain sedangkan urusan mereka dengan Ilahi pun belum mereka tahu . Itu lah bila buat sesuatu itu haruslah kerana Allah Yang Esa . Dipermudahkan . Seriously !
Bila aku stress gara gara degree yang sungguh nyaaa TOUGH . Kan aku kuat , cumanyaaa . Perlukan jugak sokongan orang lain . Aku hidup perlukan banyak bantal wehh . Tolong faham boleh ? Bila mereka hanya kata "kau boleh buat Rahmah" . Menipulah kalau aku tak hargai , cumanya intonasi mereka yang luahkan kata kata tu . Aku sendiri boleh rasa , betul ke dorang ni . Macam kasi tahu untuk sedapkan hati je . Nampak tak permainan nyaa kat sini . Lepas kau cakap itu ini , kau blaaaa ! Tinggalkan aku terkapai kapai buat sorang sorang . Ya Allah , kau kan kuat Rahmah . Eh , memang pun aku boleh nak hadap semua ni sorang sorang . Bila perasaan pun campur baur macam rojak buah . Sikit pedas mesti tambah sedap kan .

Baiklah , cuba aku berterus terang kejap eh . Cenggini . Aku nak pegi somewhere yang boleh aku huhaaa huhaaaa macam beruk supaya hilang segala rasa sakit kat otak dengan hati . Amacam ? Ade masa nak tolong aku ? Boleh tak boleh tak boleh tak ?
Mudah je sebenarnyaaa . Mengadu kat Dia , kembali kepada Dia . In shaa Allah :)

No comments:

Post a Comment