Monday, November 25, 2013

Bila lagi nak berubah kalau bukan sekarang?

"Gua dengan Hanis rasa macam taknak kawan dengan lu lagi"

"Kenapa?"

"Sebab lu layan lagi budak tu"

"Hmm"

Kadang-kadang, mereka nampak apa yang kita tak pernah terlihat, itu kerana mereka sayang.
Kadang-kadang, mereka duga apa yang kita tak pernah terduga, itu kerana mereka sayang.
Kadang-kadang, mereka marah apa yang salah pada mata mereka tapi betul pada pandangan aku, itu kerana mereka sayang.
Kadang-kadang, mereka terus menerus tunjukkan buruknya sesuatu perkara, itu kerana mereka sayang.

Mereka marah kerana hubungan yang 3 tahun selama bersama, mereka tahu dia tak pantas buat aku.
Mereka marah kerana saat sekatil sebantal seselimut bersama, mereka tahu ada yang lebih baik buat aku.
Mereka marah kerana mereka sayang, mereka tidak mahu aku terus disakiti. Walaupun pada dasarnya aku seakan separa sedar langkah yang aku ambil.
Entah kenapa, aku ketepikan aja perkara begitu.
Tapi, aku sedar. Mereka sayangkan aku. Mereka tak mahu aku terluka, mereka tak mahu aku terus diperalat.
Tapi aku?

Rasa yang wujud yang seringkali permainkan diri aku, ahhhhh. Mati.

Mati rasa

Selangkah lagi, dan aku sedar. Ini bukan yang terbaik. Apa kata kalau kali ni aku dengar nasihat mereka.
Kerana apa?

Kerana aku sayang mereka.

Dari hati juga, terima kasih ya Allah atas kurniakan sahabat.

No comments:

Post a Comment