Friday, December 13, 2013

Masa bertenang.

Kalau ini permulaan, aku harap cepatlah datang wahai pengakhiran. Kalau yang benar kau mahu pergi, moga satu hari nanti kau sedar yang kau benar telah pergi. 

Kalau nanti kau melangkah keluar dari hati, benarlah. Aku telah memaafkan. Yang dulu yang sekarang dan yang mungkin kesilapan akan datang. Entah sempat entah tidak.

Kata kau, kalau berpisah jasad dan roh. Maafkan segala salah silap.
Kata aku, kalau benar berjodoh. Kukuhkanlah utuhkanlah rasa yang kita bina.

Bunyi seakan benar kau mahu pergi. Perlahanlah.

Aku sedang siapkan semangat, aku sedang siapkan perisai, aku sedang siapkan mental dan fizikil, aku sedang siapkan hati nurani. Sebab aku tahu, aku tak setabah kau. Aku tak sehebat kau.

Jadi, berilah aku masa. Masa bertenang. Supaya saat kau ucap kata maaf, aku dengan tenang memaafkan.

No comments:

Post a Comment