Sunday, December 1, 2013

Omong kosong

Sudahlah, tak perlu kau berpura kau suka sedangkan hati kau tak pernah putus menyumpah seranah. Itu belum pula ditambah dengan rasa benci yang meluap luap. Usahlah kau lagak seperti germbira melihat, sedangkan kau cemburu tidak bahagia seperti aku.
Sudahlah, buat apa kau nak lihat sejarah lalu aku. Aku tak pernah rugi, moga kau pula tidak akan sesali.
Pergilah, aku tak ganggu lagi. Buat sembang omong kosong macam aku, terus kata mahu kedepan.
Nah, kali ini.
Jangan kau persoal lagi.
Dengan hormatnya, aku pergi.

No comments:

Post a Comment