Tuesday, January 7, 2014

Valid, kalau tiba tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah
Dan jangan pula awak menyerah kalah

Benda dah lepas, maka lepaskanlah
Pegang masa depan dengan erat
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya
Risau risau saya hilang tiba-tiba
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita

Mungkin cinta sahaja tidak cukup
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup
mungkin mimpi indah juga tidak cukup
mungkin apa yang cukup mungkin jugak tidak nampak cukup

Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir, terasa genius jugak

Awak,
Jika hubungan kita berakhir
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak
percayalah, saya peduli
Apa orang lain pikir, saya tak peduli

Saya cuma tidak mahu mengganggu
mengganggu hidup dan mati
tak perlu ditunggu
cukup jika awak bahagia dan tak pernah teramangu

Dalam cinta, tak ada tapi tapi
Tak ada keputusan seri
Perlu jelas dan sentiasa bererti

Andai saya kalah memiliki awak
maka saya terima kelemahan saya
Andai awak kalah memiliki saya
maka awak kena terima yang awak rugi gila

Jika tanpa saya atau adanya saya
benda paling penting awak bahagia
awak bahagia, saya juga
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya
semoga cinta ada ruang
semoga kita ada peluang
andai semuanya terbuang
jangan pernah berhenti berjuang

Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis

p/s: Surat ini hanya valid kalau tiba-tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih.

Yelah, aku pinjam ni.

No comments:

Post a Comment