Indah bukan, jadi manusia?
Yang mahunya manusia sentiasa bahagia
yang mahunya manusia sentiasa gembira
yang mahunya manusia tanpa dukacita
yang mahunya manusia mendukung cita-cita
Indah bukan, jadi manusia?
Kakinya dipasakkan ke bumi Tuhan
kepalanya terus mendongak ke langit Tuhan
jiwanya selalu direndahkan ke tanah Tuhan
tangannya mendepakan rahmat dari Tuhan
Indah bukan?
Tapi sedarkah manusia semua,
Tuhan hanya mahu manusia dibasahkan lidah dengan menyebut nama-Nya
bukan menyekutukan-Nya
Tuhan hanya mahu manusia diturutkan apa perintahnya
bukan diikutkan nafsu serakah
Tuhan hanya mahu sujud manusia hak milik-Nya
bukan berpaling daripada-Nya
Sedarkah manusia itu semua?
Lalainya manusia
binasanya manusia
terpesongnya manusia
hilangnya manusia
berpalingnya manusia
jatuhnya manusia
adalah hak punya manusia
yang akal diberi
yang hati memberi
yang Tuhan beri segala
Manusia.
dan, aku juga.
Allahu.
Showing posts with label Ya Allah. Show all posts
Showing posts with label Ya Allah. Show all posts
Saturday, December 20, 2014
Tuesday, January 7, 2014
Allahu
Perilah dunia
Nafsu semata
Terus leka
Dan lena
Mujur ketemu jua
Leher terjerut
Seru nama-Nya
Allahu
Nafsu semata
Terus leka
Dan lena
Mujur ketemu jua
Leher terjerut
Seru nama-Nya
Allahu
Wednesday, November 6, 2013
Pernah tak terfikir?
Jangan ingat rasa kita sama.
Kita manusia, Allah cipta berbeda.
Tak mungkin sama, sikit pun tidak.
Cumanya, beda aku dengan kau.
Iman
Taqwa
Keikhlasan
Letak tangan pada hati, tanyalah sendiri.
Kalau nak kita kongsi, jangan sendiri.
Entah kadang yang kita leka.
Itu yang Allah suka.
Ditenung dengan hati hati.
Sujudlah moga tenang nanti.
Salam Maal Hijrah.
Bismillah.

Saturday, October 26, 2013
Never feel this tough.
Bismillah.
Ya Allah, jika benar ini dugaan yang kau beri, maka berikanlah ketabahan ke atas diri aku.
Ya Allah, jika benar sakit itu menhapus dosa, maka kuatkan hati aku menerimanya.
Ya Allah, jika benar ada hikmah disebalik semua ini, maka teguhkanlah imanku.
Hakikatnya, aku tak pernah rasakan yang sebenar takut selain dari ini.
Cumanya, aku berlagak tenang. Sedangkan didalam ini sungguh gentar hadapi semua ini.
Aku bukan tidak mampu menerima, aku takut kesan kesannya.
Semoga semuanya dipermudahkan, in shaa Allah.
Tabahlah wahai hati, kuatlah wahai diri.
Mereka semua ada disisi dan menemani, kau tak sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)