Saturday, December 20, 2014

Kita dan Tuhan

Indah bukan, jadi manusia?

Yang mahunya manusia sentiasa bahagia
yang mahunya manusia sentiasa gembira
yang mahunya manusia tanpa dukacita
yang mahunya manusia mendukung cita-cita

Indah bukan, jadi manusia?

Kakinya dipasakkan ke bumi Tuhan
kepalanya terus mendongak ke langit Tuhan
jiwanya selalu direndahkan ke tanah Tuhan
tangannya mendepakan rahmat dari Tuhan

Indah bukan?

Tapi sedarkah manusia semua,

Tuhan hanya mahu manusia dibasahkan lidah dengan menyebut nama-Nya
bukan menyekutukan-Nya
Tuhan hanya mahu manusia diturutkan apa perintahnya
bukan diikutkan nafsu serakah
Tuhan hanya mahu sujud manusia hak milik-Nya
bukan berpaling daripada-Nya

Sedarkah manusia itu semua?

Lalainya manusia
binasanya manusia
terpesongnya manusia
hilangnya manusia
berpalingnya manusia
jatuhnya manusia
adalah hak punya manusia
yang akal diberi
yang hati memberi
yang Tuhan beri segala

Manusia.

dan, aku juga.

Allahu.

No comments:

Post a Comment