Showing posts with label Thinking. Show all posts
Showing posts with label Thinking. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Jenis manusia macam mana?

Heyho! Okay baru lepas habis layan AJL. Terima kasih Edry, big applause!

tapi aku bukan nak cerita pasal AJL, ni nak cerita jenis manusia macam mana. yang nampak rajin tapi pemalas, yang nampak baik tapi jahat, yang nampak mendengar kata tapi degil

jenis manusia yang macam mana?

inilah dia, yang banyak kekurangan sana-sini. yang lompong atas bawah. yang koyak rabak tata tertibnya. tapi, inilah juga yang berkeras buat itu ini, inilah juga yang teguh jatuh bangun, inilah dia. Allah jadikan kita ni serba kekurangan, tak lengkap, memerlukan, diperlukan, and yang paling penting ketidaksempurnaan.

sebab tu, Dia jodohkan kita dengan yang melengkapi tiap sisi diri kita. Dia jodohkan yang terus menerus memahami perangai kita, dia jodohkan dengan yang menghulur tangan tiap jatuh bangkit hidup kita.

sampai hujung dunia, sampai hujung nafas, kita takkan temui kesempurnaan.

aku jenis yang mudah, mudah ambil berat, mudah kasihan, mudah makan hati, segalanya mudah tentang aku, tapi jangan engkau pulak ambil mudah segala

dalam mencapai cita-cita, mencipta bahagia, kita bermain dalam satu perjudian hidup. tak semua yang kau buat berakhir dengan kehendak kau, tak semua yang kau mahu, kau miliki. kau perjudikan kehidupan untuk kecapi kebahagiaan, ah mudah semua ni

tapi kita manusia jenis macam mana?

hari pertama, duk memikir pasal dia
hari kedua, duk memikir pasal dunia
hari ketiga, duk memikir pasal manusia

diri sendiri?

jadi, duduklah peluk diri sendiri sekejap. fikirkan Tuhan yang Esa, berdoa mahu jadi yang macam mana.

Allahualam

Saturday, December 20, 2014

Kita dan Tuhan

Indah bukan, jadi manusia?

Yang mahunya manusia sentiasa bahagia
yang mahunya manusia sentiasa gembira
yang mahunya manusia tanpa dukacita
yang mahunya manusia mendukung cita-cita

Indah bukan, jadi manusia?

Kakinya dipasakkan ke bumi Tuhan
kepalanya terus mendongak ke langit Tuhan
jiwanya selalu direndahkan ke tanah Tuhan
tangannya mendepakan rahmat dari Tuhan

Indah bukan?

Tapi sedarkah manusia semua,

Tuhan hanya mahu manusia dibasahkan lidah dengan menyebut nama-Nya
bukan menyekutukan-Nya
Tuhan hanya mahu manusia diturutkan apa perintahnya
bukan diikutkan nafsu serakah
Tuhan hanya mahu sujud manusia hak milik-Nya
bukan berpaling daripada-Nya

Sedarkah manusia itu semua?

Lalainya manusia
binasanya manusia
terpesongnya manusia
hilangnya manusia
berpalingnya manusia
jatuhnya manusia
adalah hak punya manusia
yang akal diberi
yang hati memberi
yang Tuhan beri segala

Manusia.

dan, aku juga.

Allahu.

Thursday, December 12, 2013

Tak cukup.

Kalau rambut tak sepanjang Rapunzel

Awak mahu?

Kalau hati tak sebaik Cinderella

Awak mahu?

Kalau tangan tak masak sesedap Snow White

Awak mahu?

Kalau muka tak secomel Red Ridding Hood

Awak mahu?

...

Sebab ini Rahmah

Serba serbi tak cukup

Serba serbi tak lengkap

Serba serbi tak sempurna

Masih mahu?

Monday, November 25, 2013

Bila lagi nak berubah kalau bukan sekarang?

"Gua dengan Hanis rasa macam taknak kawan dengan lu lagi"

"Kenapa?"

"Sebab lu layan lagi budak tu"

"Hmm"

Kadang-kadang, mereka nampak apa yang kita tak pernah terlihat, itu kerana mereka sayang.
Kadang-kadang, mereka duga apa yang kita tak pernah terduga, itu kerana mereka sayang.
Kadang-kadang, mereka marah apa yang salah pada mata mereka tapi betul pada pandangan aku, itu kerana mereka sayang.
Kadang-kadang, mereka terus menerus tunjukkan buruknya sesuatu perkara, itu kerana mereka sayang.

Mereka marah kerana hubungan yang 3 tahun selama bersama, mereka tahu dia tak pantas buat aku.
Mereka marah kerana saat sekatil sebantal seselimut bersama, mereka tahu ada yang lebih baik buat aku.
Mereka marah kerana mereka sayang, mereka tidak mahu aku terus disakiti. Walaupun pada dasarnya aku seakan separa sedar langkah yang aku ambil.
Entah kenapa, aku ketepikan aja perkara begitu.
Tapi, aku sedar. Mereka sayangkan aku. Mereka tak mahu aku terluka, mereka tak mahu aku terus diperalat.
Tapi aku?

Rasa yang wujud yang seringkali permainkan diri aku, ahhhhh. Mati.

Mati rasa

Selangkah lagi, dan aku sedar. Ini bukan yang terbaik. Apa kata kalau kali ni aku dengar nasihat mereka.
Kerana apa?

Kerana aku sayang mereka.

Dari hati juga, terima kasih ya Allah atas kurniakan sahabat.

Tuesday, July 23, 2013

23rd July

Behave like an adult.
Please ...

Sunday, June 16, 2013

Serabut menyebut.

Hey uolls , happy SunnyDay. Kasi aku peluang nak kata apa yang aku patut kata . Kasi aku masa nak madah apa yang patutnya aku madahkan . Kasi aku hati yang boleh sama sama jaga hati . Dan , kasi aku ruang agar kau dengan aku berpeluang . Ecececeh .
7 hari aku dah isi padat sadat dengan hari yang cukup indah . Aku simpankan lagi 60 hari akan datang bagi kau waktu lebih pujuk kembali apa yang kau tinggalkan . Aku letakkan lagi masa yang terluang untuk kau kembali sedar celikkan mata apa yang kau terlepas pandang . Moga satu hari dalam enam puluh hari itu kau mampu lihat apa yang telah kau butakan masa lalu .
Elok sangat bila kau pandai main kata jangan kan main mata . Alangkah hebat jika kau berani suara pendapat jangan kau sumbangkan suara kata sepakat kau kau dah kuburkan . Pasti masa kau toleh kembali lihat jalan kau telah lalui , ada satu bayang yang kau lepasi tak mungkin kau tangisi . Pehhh pehhh kemain aku menulis yang datang dari hati tanpa henti . Kakakakaka
Ini semua kadang kadang dusta semata , yelah . Pembohongan bagi menegakkan kebenaran melalui pembohongan bukanlah satu pembohongan . Ia kebenaran luar biasa . 
Rakusnya mereka yang melakukan pembohongan sering kali alpa dan tidak bisa mengenepikan satu kebenaran dan kata dusta yang kau pernah luahkan .
Ini baru aku nak panas badan , mula dah orang lain panaskan . Baik aku angkat kaki sebelum sifat kesabaran yang tak reti sabar aku ni sampai ke badan kauorang . Salam SunnyDay kawan kawan . 
Salam ukhuwah , salam ibadah , salam Syaaban , salam penuh keberkatan . 

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13

In brief je la eh kita bual pasal PRU 13 ni , okay here . Minda pemuda pemudi golongan belia tua hari ni perlu kita buka kan luas luas bagi mereka nampak apa yang ada depan mata , nampak apa yang sedang berlaku .

Zaman globalisasi teknologi serba canggih masa kini , mahasiswa mahasiswi serta remaja sedang mengalami REVOLUSI EXTREMIST berpanjangan , yang cenderung terhadap satu badan yang ditubuhkan . Revolusi ini secara tidak langsung memberi kesan yang baik dan buruk terhadap pembangunan negara .
Aku tidak berpihak dalam mana mana badan atau kumpulan , tapi aku adalah pemerhati . Aku perhati revolusi masa kini .

Maka , setelah keputusan diumumkan . Kemenangan berpihak kepada kerajaan or BN , manakala Pakatan Rakyat terus dengan sesi protes mereka . Sebagai rakyat yang berfikiran matang dan berpelajaran , perkara seperti protes , tukar DP jadi blackout adalah tidak wajar . Biarpun ada yang mengatakan Barisan Nasional telah melakukan perkara haram atau kotor semasa sesi pengiraan undi . Ini bukan cara nak tunjuk perasaan ,  untuk mengenali lebih dalam tentang hal ni , korang rakyat Malaysia perlu bersatu .

Nak wujudkan negara demokrasi . Nak turunkan harga minyak . Nak hapuskan PTPTN . Nak hapuskan tol . Nak kurangkan harga kereta .

Kemon guys ! Fikir la sikit . Kalau semua benda nak percuma , tang mana yang korang nak usaha . Tang mana negara ni nak maju . Tang mana negara nak dapat income .

Nak hapuskan PTPTN ? What theee fak ! Kalau taknak pinjam PTPTN , kau belajar la sungguh sungguh , dapat biasiswa . Ini tak ! Kau belajar pun tak kemana , konon nak hapus PTPTN , belaaaa la . Cetek benor pemikiran hang pa ni .

Hapuskan tol ? Korang ingat buat highway tu pakai daun ke ape . So ape masalah nak hapus tol bagai ni dude ? Layak la korang bayar tol tu , at least kerajaan provide safety and more secure untuk perjalanan korang nak pegi mana mana , takyah nak lalu looooong way yang penuh liku tu . Think think !

Next , kerajaan pun satu hal jugak . Kalau nak negara demokrasi , pimpin dengan cari yang betul ape masalah . Kalau ikut jalan Allah , tak ada maknanya Malaysia ni nak huru hara sana sini . Yang orang sibuk rasuah sana sini tu , memang la dalam undang-undang tetapkan benda tu salah . Tapi hakikatnya , manusia sendiri tak boleh nak elak benda tu . Nak buat amal , senang . Nak buat pahala pun senang . Cuma mereka yang ada iman kukuh je mampu nak elak hal hal sialan macam tu . Mudah !

Tak ada masalah kalau BN dengan PR nak gabung pun , ikut rule la . Kasi 50:50 . Pedehal sangat kan , laksnanakan hukum hudud tapi kena adil . Nak negara demokrasi , kena la give and take .

Sekian sahaja penulisan hari ini . Salam ukhuwah :)

Sunday, February 17, 2013

Ya Allah , hati tak tenteram .
Hilangkan lah rasa ini .
Ya Rabb , ampunkan dosaku .