Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Tak cukup.

Rambut tak sepanjang Rapunzel

Mahu?

Hati tak sebaik Cinderella

Mahu? 

Tak secomel Red Ridding Hood

...

Sebab aku, 

Serba serbi tak cukup

Serba serbi tak lengkap

Serba serbi tak sempurna


Monday, October 7, 2013

Kelam

Dengan aku temani aku kasihi aku sayangi aku. 

Aku.

Saturday, September 28, 2013

Pesan ...

Pesan Nurin.

"Bunuh dia dengan kemaafan"

Aku maafkan.
Aku dah maafkan.
Aku yakin maafkan.
Aku tahu ini adalah kemaafan buat kau.

Jadi, pergilah.
Pergilah sebentar.
Pergi jauh dari kotak mindaku.
Pergi lari dari alam fantasiku.
Pergi dan kembali dengan nafas hidupmu yang baru.
Pergi bawa sekali bayanganmu.

Tenanglah. AKU.

Friday, September 27, 2013

Selongkar ketabahan.

Sekuat mana aku nafikan sayang.
Aku tetap sayang.

Sehebat mana aku tepiskan rindu.
Aku tetap rindu.

Setabah mana aku tak ambil peduli.
Aku tetap peduli.

Dan aku tahu.
Tetap aku yang terluka.
Tetap aku yang merana.
Tetap aku yang derita.
Tetap aku.
Bukan kau.

Malangnya aku.

Friday, June 7, 2013

Rapuh :'(

Kalau dengan Allah pun aku ni kadang tak setia . Macam mana aku nak setia dengan makhluk Allah.

Kalau dengan Allah pun aku belum sempurna mencintai . Macam mana aku nak mencintai makhluk Allah dengan sempurna.

Kalau dengan Allah pun aku belum hadir dalam setiap masa . Macam mana aku nak hadir dalam setiap ketika bersama mereka.

Kalau dalam langkah pun aku belum letakkan hati kepada Allah . Macam mana aku nak melangkah dengan yakin bahawa Allah bersama aku.

Kalau dalam nafas ini aku hanya fikirkan hal duniawi leka menyerahkan kepada Allah . Macam mana aku nak bernafas dalam setiap namaMu ya Allah.

MashaAllah , cukuplah aku terleka . Dekatkan lah hati aku kepadaNya, dekatkan lah jiwa aku dengan imanMu , dekatkan lah aku dengan agamaMu .

Aku cukup . Cukup rapuh . :'(

Friday, April 12, 2013

Typical ME .

Aku cuma rasa yang hati ni , macam terlebih kuat sampai aku hilang segala rasa yang aku patut rasa . Aku cuma rasa yang badan ni terlebih makan sampai semua rasa sakit aku macam kebal nak mampos . Aku cuma tahu yang tak semua mereka kat luar sana sibuk duk membabi buta mencari salah orang lain , dan aku sedang duduk temangu memikir . Ini baru dunia adil yang tak siapa mampu betulkan itu salah ini betul . Kau nampak tak sekarang ni ? Main kata kata mudah je sebenarnya .

So , kau jangan nak sibuk hal peribadi dunia alam aku kalau bukan kau yang pakai kasut aku . Tipikal ! Aku benci jadi rakyat jelata yang sama pemikiran macam korang semua . Aku kan dalam katagori manusia yang istimewa , opss sungguh aku istimewa dalam pemikiran aku yang tak berapa kritis ni . Moga satu hari nanti aku mampu menjadi seorang jeeernelis berjaya . Hoyeah ! 

Indeed , aku kena la improve penulisan tak berasas aku ni kepada sesuatu yang orang pandang satu hari kelak kan . Kena knowledgeable lah cerita sekarang ni , kena tahu perkembangan semasa . And , aku perlu tahu sejarah dunia masa kini haaa ini untuk preparation masa depan aku la sebab aku ni cita cita kemain tinggal nak first class degree . Tapi usaha itu mencetek macam kolam kat kampung aku tu .

So , before aku merepek lagi panjang berjeler jeler . Kau semua macam perlu tahu . 
Yang aku punya mood kemain turun naik macam pum pum pum yang kat klinik tu . Eh ? Wujud eh .  

Amigos . 

Monday, February 18, 2013

Syukran Ya Rabb

Semalam tak tenteram .
Hari ni Allah tunjuk kenapa semalam rasa macam tu .
Ya Allah , berikan aku kekuatan .
Hilang kan rasa gelisah , hilangkan rasa resah .
Dekatkan aku dengan-Mu .
Moga hari esok lebih indah . In shaa Allah .