Friday, February 10, 2012

Pagi yang hening.

Assalamualaikum ...

Menapak aku nak menulis.
Pagi hening sejuk menyelubungi.
Selimut masih di kaki.
Indah sungguh pagi ini.
Kerana ini hari segala hari.
Jumaat. Kau beri aku kekuatan.
Usah tinggalkan aku tanpa keredhaan.
Berjubah sekali sekali buat aku gah dimata sendiri.
Mampu menerangi masa yang kelam.
Menebus kembali hari yang lalu.
Pagi yang penuh berinspirasi.

Tidur yang lena aku nantikan.
Sedari kewajipan menunaikan ibadah.
Dengan kekuatan bangkit melalukan amal ibadah.
Sendirian.
Bukan lagi madah jika aku yang meraikan.
Propaganda mungkin ?

Dari-Nya aku datang.
Dan kepada-Nya juga aku akan kembali.
Kejayaan aku datang daripada-Nya.
Syukur alhamdulillah.
Masih berkesempatan aku mengukir senyuman di wajah kedua cinta hati.

Menapak aku bila menulis.
Tak pernah berfikir sebelum menulis.
Hanya mampu nukilankan apa yang terfikir.
Bersawang otak.
Masih segar ayat ayat Quran yang aku hafal sebentar tadi.
InsyaAllah.
Moga tasmi' pagi ini memberi barakah kepada aku.

Wasssalam ...

No comments:

Post a Comment