Monday, February 13, 2012

SELAMAT TINGGAL.

Asap berkepul-kepul.
Berfikir sejenak. Apa yang sedang berlaku.
Ye. Baru sedar.
Masalah bermain di kepala.
Mencari mana hujung mana pangkal.
Atau aku mencari jalan penyelesaian.
Tak mampu rasanya berkongsi rasa.
Biar aku mencari ruang dalam kesempitan hidup.
Melingkari setiap lorong liku hidup.
Sudah pasti aku mampu.

Tidak terlintas ia datang dengan pantas.
Tak tertahan aku di buatnya.
Dengan segelinap sudut ia merangkul emosi.
Di mana penghujung cerita.
Siapa pengubat duka lara.
Entah bila ia akan pergi.
Jangan ia mengganggu masa aku disini.

Sudah buat aku cukup merana.
Masalah tak putus putus.
Ya. Ianya adalah dugaan hidup.
Kisah hidup yang dukacita tak mampu aku cerita.
Mengorak setiap langkah.
Supaya aku lebih berhati hati.
Tidak mahu ia datang sebelum ia pergi.

Tidak lengkap hidup sekiranya tidak mengetahui apa itu masalah.
Masalah mematangkan aku.
Sumber kekuatan aku.
Entah mampu entah tidak.
Senaraikan satu persatu masalah.
Entah kenapa tidak cukup ruang.

Ya Allah.
Dugaan apa Kau berikan.
Redha dengan ketentuan.
Mengetahui setiap ujian mempunyai peranan.
Bahu semakin dibebani.
Cukup. Cukup menghantui fikiran.
Selamat tinggal.

No comments:

Post a Comment