Monday, February 13, 2012

Without TITLE

Esok bermula hari baru.
Misi yang masih sama.
Niat yang masih kukuh di kepala.
Hari ini penuh dugaan. 
Hari bermula dengan kesakitan.
Tak tertanggung di buatnya.
Sedih tak terkata. Menahan kesakitan.
Masih terasa kini.
Kerana ia belum mahu pergi.

Alhamdulillah.
Kesakitan ini akan menghapus dosa dos kecil aku.

Bila hati mula berkata kata. 
Kejujuran itu penting. Maka berlaku lah aku jujur kepadanya.
Terima dengan hati terbuka.
Tindak balas yang aku nantikan.
Baguslah kau sedar akan aku.

Percikan air yang membasahi muka. 
Lapkan dengan tangan.
Masih belum kering fikiran ini.

Setia aku menanti kejayaan. 
InsyaAllah.
Ada usaha adalah hasilnya.

Berlari lari kanak kanak riang.
Sungguh riuh hari ini.
Membuat aku tersenyum.
Teringat adik tersayang di halaman.
Teramat suka indulgance setiap kali aku pulang. 
Bakal aku belikan buat kamu berdua.
Usah berebut sayang. 

Bertongkat aku menapak hati.
Menitik peluh ketika mendaki.
Sungguh aku semangat.
Entah apa bakal menanti di puncak.

Belum sempat aku luahkan.
Ketandusan kata kata.
Mungkin entri akan datang menyusul.
Tidak mahu aku tangguhkan.
Kirakan hari hari aku. 

No comments:

Post a Comment