Friday, February 17, 2012

Situasi ' PANAS '

Selamat tiba.
Penat berjalan jauh.
Menempuh pelbagai dugaan.
Memang seronok bila naik train tapi aircond takde.
Berkipas kipas sambil tersenyum sinis.

#Situasi 1
Al kisah. Seorang budak perempuan.
Yang sungguh memalukan.
Bagaimana untuk memulakan cerita.
Bait bait pertama.
Bukan nak mengutuk, tapi satu pengajaran.
Untuk kita semua.
Seorang perempuan yang akan aku gelar 'taktahumalu'
Kejadian berlaku begini.
Dari MidValley naik train.
Then sampai di KL Sentral.
Ade la satu minah nie naik. Berdiri pula depan aku.
Seperti yang telah dimaklumkan train takde aircond.
Budak nie pulak pakai agak tidak senonoh.
Kemari aku describe ckit.
---Atas terdedah---Bawah terdedah---
Bertapis kata kata aku.
Kau perempuan, tertarik tarik apesal ?
Kau dah tarik baju kau keatas terjojol pulak yang bawah.
Kau turunkan yang bawah tersembul yang atas.
Dah tahu nak tarik tarik.
Tak payah la pakai baju macam tu adik oii.
Seriously aku rasa macam nak sound je kau tadi.
Kau tahu tak makcik sebelah tu pandang kau semacam.
Aku tak kesah if kau bukan Islam.
Tapi kau tu beragama Islam weii.
Then..

#Situasi 2
Dia phone call pulakk.
Aduhh. Menyampah pulak aku dengar.
Begini ayat nya :
" Sayang, I dalam train nie. Panas la. Berpeluh peluh I. Dah la tak selesa nie. I rimas la sayang. Lama lagi nak sampai nie. Nanti sayang amik I ye. Then kita pegi Starbucks, I haus. Panas. "
Lebih kurang macam tu lah.
Aku ciap rakam lagi budak tu phone call.
Adikk oii, kalau ye pun nak mengengek.
Beragak la sikit.
Aku depan kau nie perempuan.
Kau dok kecoh kecoh panas panas tak selesa tak selesa.
Aku nie yang pakai baju kurung. Beselendang lilit lilit.
Takde pun nak bebel bebel panas.
Then takpayah la kau nak bersayang sayang depan public.
Kau engt kau sorang je ke yang ada dalam train tu.
Aduuhh. Serabut aku tengok kau.
Bukan aku nak kutuk kau perempuan.
Tapi tu la kenyataan.
Kau pun boleh pikir sendiri apa yang baik untuk diri kau.
Tak payah la kau nak terbukak sana. Terbukak sini.
Lagi satu ye girl, kau tahu kan yang mak cik tu duk pandang kau je kan.
Kenapa lah kau pegi angkat tangan kau tu.
Kan dah nampak ketiak kau tu.
Kalau bersih takpe. ishh. Geli la girl.

Okayy itu lah situasi yang terpaksa aku tonton.
Menyirap sangat. And agak terkilan sebab tak termampu nak tegur budak tu.
Lemah betul iman aku. Moga Allah perkuatkan iman aku.
Dan semoga Allah memberi hidayah kepada kau girl.
Maaf jika terkasar bahasa. Yang buruk itu memang datang dari diri aku.

Aku pun dah selamat sampai di rumah.
Alhamdulillah.
Maaf lagi sekali.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment