Monday, March 26, 2012

Usah Bersedih.

Assalamualaikum pemula bicara.

Kisah ...
Bukan mudah nak menjaga hati orang.
Nak jaga hati sendiri pun susah.
Teramat susah.
Hadir seseorang dalam hidup bukan hanya untuk mewarnai.
Tapi juga untuk memberi semangat dan kekuatan.
Kala hiba, duka, sengsara.
Kata kata perlu datang dari hati.
Dan kadang kala tanpa kita sedari ia menyakiti.
Sedarlah wahai insan.
Dunia hanya sementara. 
Penipuan itu memang wujud.
Hanya tidak pada zahirnya ia terlihat.
Kala hati terluka melihat sesuatu.
Hanya tabahkan diri. 
Teguhkan iman.
Tidak perlukan satu ikatan tanpa kejujuran.
Cukup sekiranya berterus terang.
Mudah mengukir senyuman.
Kala hati menjerit kesakitan.
Dalam penuh kedukaan.
Lukiskan di sekeping hati satu kisah indah.
Ego telah menguasai diri.
Sukar untuk lepaskan pendirian.
Cukup pesan hanya sekali.
Moga masih ingat pesanku ini.
Salam.

No comments:

Post a Comment