Monday, April 23, 2012

Orang kata sayang biar berpada pada. Tapi kalau dah hati menyayangi.
Sedikit pun aku tak peduli status kau.
Sedikit pun aku tak peduli taraf hidup kau.
Selagi kita mampu harungi bersama. Apa salahnya ?

Bicara tentang hati. Itu perkara subjektif.
Rindu sayang kasih menyayangi itu semua tak mampu aku huraikan.
Jika itu yang telah aku pendamkan.
Usah pergi ketika aku memerlukan.
Perangai hati. Bila ego dah menguasi.
Mengaku cinta pun susah.

Bila hati mula setia.
Tidak perlukan perjanjian.
Ia akan terlihat dari tutur kata. Nampak dari hati. Rasa melalui jiwa.

Kisah semalam ...

Ragu ragu ketika meluahkan.
Setelah aku ungkapkan. Percaya. Bahawa aku yakin.
Jangan main main dengan hati. Kelak menanti orang yang pergi.

Luahkan sayang dengan cara aku tersendiri.
Tak menyangka. Kau suka. Serius. Alhamdulillah. Dihargai : )
Dengar kau 'Play Again' berkali kali.
Dapat merasakan kau memang menyukainya.
Biar simple. Asalkan berharga segala kata kata.
Aku tak pandai dalam bercinta.
Bila sekali ia datang. Duduk termangu aku memikirkan.

Manja ? Yes ! Itu memang aku.
Manja dalam segala hal. Manja dalam segala kata kata.
Mengaku bahawa aku kasar. Tapi tak bermakna aku tidak sensetif.
Mungkin tidak sesensitif gadis gadis lain.
Tapi hati kadang kadang perlukan belaian.

Buah hati. Itu dia. Si dia.
Sangat manis. Sangat menjaga hati. Dan kadang kala dia boleh menjadi sangat annoying : )
Terima seadanya. Kau hadir dalam hari hari aku.
Menambah kemanisan setiap malam. Kata kata perlu datang dari hati.
Supaya ia tambah bermakna.

Shafiq

No comments:

Post a Comment