Wednesday, May 23, 2012

Datin Sri Mazidah Yunus : )

Dia. Dia seorang ibu. Yang berjiwa kental. Yang penuh dedikasi.
Tidak pernah mengeluh. Ikutkan sahaja permintaan anak yang degil ini.
Terlalu banyak perkara dalam fikiran si dia.
Berpeluh. Mengerah keringat. Mencari rezeki yang halal buat keluarga.
Memberi segala kasih sayang. Penuh. Anak ditatang. Dipeluk ketika memerlukan.
Ibu, usah berduka. Anakmu disini ada disisi.
Menemani seperti ibu menemani ketika pertama kali menjejakan kaki meniti kedewasaan.
Ibu, usah sendiri. Anakmu ada disini.
Terlalu memikarkan orang dirumah. Orang disana. Orang disini.
Kadang kala terabai kesihatan diri.
Bila sakit ibu yang memapah.
Bila sedih ibu yang meminjamkan bahu.
Bila gembira ibu yang tersenyum di sudut sana.
Bila mencapai kejayaan ibu yang pertama menitiskan air mata.
Ibu, terlalu banyak perkara indah yang berlaku dalam hidup kita.
Terlalu sukar untuk anakmu huraikan satu persatu pengorbanan yang telah ibu lakukan.
Bila dewasa kelak diri ini. Akan anakmu balas segala jasa dan pengorbanan ibu.
Entah terlunas ataupun tidak.
Entah. Sendiri tidak mampu berjanji.
Tapi akan anakmu kotakan hajatmu ibu.
Terlalu banyak dosa yang ditanggung oleh ibu kerana anakmu ini.
Ketahuilah ibu. Ibu adalah anugerah terindah dalam hidup ini.
Tiada tolok bandingnya. Tiada yang mampu menggantikannya.
Terlalu banyak kata kata dalam fikiran ini.
Tidak mampu memilih kata kata yang terbaik kerana ibu adalah yang teunggul dalam segalanya.
Menyediakan makan, pakai, pelajaran dan segalanya.
Alhamdulillah. Itulah kasih seorang ibu.
Ibu, menjaga anakmu ini adalah dugaan. Pelbagai masalah anakmu datangkan dalam hidup ini.
Terlalu banyak permintaan anakmu ini.
Tidak pernah ibu mengatakan tidak walaupun sekali.
Mengikut segala kehendak hati ini. Biarpun ia jauh sekali disangkal dari fikiran.
Memberi segala keperluan dan kehendak diri ini.
Sungguh. Bermakna pengorbanan ibu. Dari hati dan nurani segalanya.
Tiada ibu tiadalah anakmu di dunia ini.
Tiada ibu tiadalah kejayaan anakmu hingga kini.
Dia seorang ibu. Dia adalah ..
Ibu. Mazidah bt Yunus.
Belum terlambat untuk anakmu ucapkan perkara ini.
I do LOVE you. I really really LOVE you mum. :')

No comments:

Post a Comment