Thursday, May 24, 2012

Hidup itu mudah. Jangan kau yang menyusahkan.

Bangun pagi pagi. Baca doa penerang hati. Moga hari ini lebih indah daripada semalam.
Banyak lagi perkara yang perlu aku tempuh. Perjalanan hidup masih panjang lagi.
Hidup ini tak menentu. Tak tahu apa yang bakal kita hadapi esok. Dan tak mungkin dapat ulangi perkara semalam.
Bukan takdir yang perlu dipersalahkan. Teguhnya iman dan jati diri seseorang insan itu perlu.
Esok masih samar samar. Belum pasti jika masih ada hari esok untuk aku.
Kadang kala aku toleh kebelakang. Mencari kekuatan semalam. Telah aku tempuh semalam dengan cara tersendiri.
Cara hidup tidak pernah menjadi tanda tanya. Hidup dengan acuan aku sendiri. Bertemankan ibu dan ayah disisi.
Cukup lengkap, cukup indah, cukup bermakna.
Hidup itu sangat singkat. Tidak perlu dibazirkan dengan satu penyesalan.
Menyayangi orang yang melayan aku dengan cara yang baik dan lupakan pahit pahit dari hati.
Percaya bahawa setiap perkara yang berlaku didatangkan bersebab dan ade hikmah.

Happy Thursday :)

No comments:

Post a Comment