Wednesday, June 20, 2012

TIGA hari sudah

Tiga hari apa ? Tiga hari dah aku sakit gigi. Yang teramat sangat.
Dan sungguh aku degil tidak mahu pergi jumpa doc.
Yepp. Dentist UIA ? Maaflah. Mungkin tidak aku jejaki.
Sungguh ngeri rasanya. Sanggup aku tunggu sampai balik rumah mungkin.
Dari gigi terus ke gusi sakitnya. Pergi pula ke bahagian telinga.
Dan seterusnya ke kepala. Sungguh sangat dan perit.
Tidak aku duga ia sebegini rupa. Sakit sungguh.
Tidur malam ku tidak lena.
Tidak boleh menghadap ke kanan.
Pipi bengkak. Rahang sakit.
Tak mampu bukak mulut seluasnya tika menguap.
Tidak mampu kunyah seperti selalu.
Tidak mampu bercakap dengan cepat macam dulu. 
Aduhhh. Sakit betul. Itu dugaan.
Kalau dotakdirkan aku mati kerana sakit gigi ini.
Maka matilah aku dalam keadaan syahid dunia.

Sayang, sakit gigi nih. Sakit sangat.

Orang kata sakit gigi adalah sakit yang paling sakit bagi wanita selepas bersalin.
Oh sakit, aku tahu ini dari Allah. Mohon ia tidak berkekalan.
Mohon sakit ini sementara buat aku. Hapuskan dosa kecilku.
Jauh kan aku dari berkata perkara bukan bukan.

InsyaAllah.

Selamat malam sayang.
Moga tidurku lena.

No comments:

Post a Comment