Monday, July 16, 2012

Heart like STONE .

Rindu nak menulis . Terlalu banyak yang difikirkan .
Serius . Aku penat . Penat berfikir . Penat memikir . Penat bila difikirkan .
Salah aku juga . Bila aku tidak meletakkan sebarang sempadan dalam setiap apa aku lakukan .
Aku redah apa jua yang ada depan mata .
Masalah datang berduyun . Sekali datang . Sekelepuk aku tanggung .
Ya Allah . Rasa macam dah tak kuat lagi dah ni .
Dugaan apa kau berikan . Kerana aku sendiri tidak mengerti apa rasa hati ini .

Bukan aku menyalahkan takdir . Kerana takdir juga kita bertemu . Pertemuan antara kau dan aku .
Cukup indah . Manis sungguh . Kau nampak tak apa yang kita sedang lakukan .
Sama sama korbankan masa . Kau datang sini jumpa aku . Dan aku kesana jumpa kau .
Alhamdulillah . Semua berjalan dengan lancar . Lama juga kita tak berjumpa .
Luangkan masa seketika . Biarlah rindu ini pergi sementara waktu ini .
Kerana aku tidak punya kata kata yang bisa aku luahkan .
Hati ini bercampur baur . Dan aku sendiri tidak tahu mengapa .

Pernah ketika dahulu aku bermain dengan hati yang tidak punya hati .
Moga ia tidak berulang kembali .
Kau sangat manis bagi aku . Cukup manis . Indah kata kata bila kau dengan aku .
Yes, bohong bila aku cakap aku tak menyayangi kau .
Ahh . Lihat ! Aku perlu bermain dengan hati .

Hidup kita tak semestinya sempurna . Dan aku akui . Aku tidak sempurna .
Belum cukup lagi ilmu yang aku cari dan temui .
Terang samar atau gelap aku sendiri tidak ketahui . Aduhh .
Doaku jangan diabaikan tugas yang dipikul . Belajar aku disini kerana-Nya dan buat kedua ibu bapa .
Moga satu hari nanti aku memberi impak kepada agama aku dan negara .

Cita cita aku tinggi yang aku sendiri tidak mampu daki . Ia terlalu tinggi . Sangat tinggi .
Kau temani aku daki bersama dan berada di sisi ketika aku perlukan .
Sanggupkah kau ? Bila aku bicara tentang hati . Aku tak mahu orang ragui hati aku .
Aku nak kau yang selami hati aku . Mampukah kau ?

Hidup kita perlukan ramai orang disisi . Bila kau rasa kau sendiri . Sempadan antara aku dan mereka .
Aku tak bisa hidup sendiri . Tapi aku yakin aku mampu berdikari sendiri .
Aku hilang mood kebelakangan ini . Mungkin terlalu memikirkan tentang hidup yang terlalu singkat .
Usia hanya pada nombor . Nama hanya pada diri . Dan bagi aku cantik itu subjektif .
Yang kadang kala cantik itu boleh aku letak pada tahap bodoh . Kerana mereka terlalu obses dengan kecantikkan . Yang zahirnya makin lama makin pudar pada mereka yang hanya letak hati .
YANG HANYA LETAK HATI PADA RUPA . Mereka bodoh .
Mereka sombong . Mungkin aku salah . Tapi kerana mereka tidak melihat kecantikkan itu dari segenap aspek .
Ramai yang berpaling kerana ia terlalu sensitif .
Dalam prinsip aku . Cantik itu letak pada iman dan hati .
Please lah kamu semua . Pandang apa yang mendorong kau kepada Dia .

Salahkah aku bila bicara tentang agama ? Yes, aku yakin . Aku masih lemah , miskin , kedana dalam hal agama .
Tapi tidak salah bila aku suarakan pendapat aku .
Kau jalan ke depan tingginya egio kau melangit . Apa yang kau dapat ?
Kasih sayang ?

Sayang , perlukah aku ulang kata sayang ? Kau sendiri boleh rasa dari hati kan bila aku sayang .
Sayang , walau sayang macam mana pun aku kat kau . Kau kena mengerti .
Mereka yang pertama di hati . Ibu yang penyayang . Ayah yang penyabar .
Kakak yang pengasih . Adik adik yang sentiasa menceriakan hati . Alhamdulillah .
Mereka dan kau . Kau dan mereka . Aku sayang .

Esok bila aku bangun , moga rasa yang tidak tenteram ini pergi . Hilang .
 I miss you .


No comments:

Post a Comment