Friday, October 11, 2013

Pagi Jumaat

Alhamdulillah, yeayyy! Allah berikan lagi kesempatan.
Bangun pagi, aku terus selak langsir. Memandang tepat ke awan.
Aduh, indahnya pagi ini. Rasa bagai hari yang bakal di sajikan dengan kebahagiaan.
Yelah mungkin kerana hari ni aku pulang ke rumah.
Indeed, minggu ni adalah yang paling tough.

Sedang aku melihat memandang ke langit, berpikir aku.

Apakah tanggungjawab yang bakal aku pikul satu masa kelak?

Apakah mampu aku menggalas segala tanggungjawab itu?

Bagaimana jika aku gagal?

Lalu aku sedar, sedar dari lamunan aku.

Allah itu pasti, apa yang dikehendaki-Nya, apa yang tidak.
Janji Allah juga pasti.
Dugaannya juga pasti.
Dan keberkatannya juga pasti.

Maha Besar, Maha Kaya, Maha Pemberi segala. Maha Kuasa.

Aku bingkas bangun dari khayalan, aku cuba cari mana kekuatan yang aku lemparkan sebentar tadi. Dalam mencari, aku terlihat bayangan yang aku rindu. Bayangan yang aku kasih. Bayangan yang aku bakal ketemu hari ini.
Tak sabarnya aku pulang ke rumah.
Kilang kebahagiaan.
Kilang kasih sayang.
Kilang permainan.
Kilang hati aku, tempatnya disitu, RUMAH.

Berada disamping kedua yang tercinta di muka bumi pinjaman Allah ini.
Mereka yang terbaik, tiada yang lebih baik dari mereka.

Ya Allah, permudahkan lah perjalanan ku hari ini.

Bismillah. Assalamualaikum :D

No comments:

Post a Comment