Tuesday, October 8, 2013

Dua dalam satu.

Aku godek godek blog dia. Lepas tu aku jumpa. Aku jumpa entri entri lama tentang aku. Tentang bagaimana kisah nya dulu. Tentang apa yang di katakan mengenai aku. Tentang cerita cerita yang berlalu.

Lalu, aku tertarik dengan ayat nya.

"Tapi satu sahaja niatku. Biar semua tahu. Betapa indahnya ciptaan Tuhan yang bernama Siti Rahmah."

Ya Allah, sayu nya hati rasa. Bergelinang air mata. Terima kasih kau yang menerima.
Pada masa dulu, dan in shaa Allah pada masa akan datang. "Dia" akan menjadi seorang lelaki yang baik.
Tabahnya dia tika aku melangkah pergi dari dia. Dan dia terus hidup dengan retakan hancuran hati yang aku robekkan dulu.
Hingga kini dia temu seorang gadis yang aku yakin, lebih baik dari aku dari segala segi dan gadis itu melengkapi dirinya.
Pernah dulu, aku kasihkan dia. Aku sayangkan dia. Sampai pada satu tika, aku tak tertanggung perit pada hati. Aku melangkah pergi.
Aku benarkan hati aku dihenyak dan diremuk.
Yang pastinya, itu masa dahulu.
Yang dulunya, aku masih dalam menemui proses kematangan aku.

Ya Allah, aku yakin keputusan masa lalu aku. Maka berikan lah aku menempuh ranjau dan liku lepas apa yang mendatang.

Lepas tu.
Aku terlihat.

"What goes around comes around"

Aku mengenali seseorang. Yang aku telah jatuhkan hati pada "si dia".
Tiada apa yang tidak mustahil.
Perkara lama berulang kembali, cumanya. Kali ini si dia yang pergi meninggalkan aku.
Meninggalkan dengan kata tanpa sebab musabab yang aku pasti.
Meninggalkan tetapi masih meletakkan hati ini berpaut pada jasad si dia.
Puas aku tunggu, puas aku tunggu. Tunggu dan menunggu.

Langkah nya berpatah kebelakang. Si dia kembali buat kali kedua. Peluang kedua.
Dan ...
Si dia pergi meninggalkan sekian kali. Kali kedua.

Mengertilah aku, sedang dia berbahagia dengan gadis yang melengakapi dia.
Si dia remukkan kembali. Tidaklah sehelai kertas kembali pada rupa asalnya lepas diremuk.
Begitu juga aku. Cumanya, Allah berikan hati manusia ini saling memaafi.
Aku maafi dan salahku lagi, aku menunggu si dia.

Buat "dia" moga berbahagia.
Buat "si dia" aku yakin, bahagia itu milik kita berdua.

No comments:

Post a Comment