Showing posts with label Dia. Show all posts
Showing posts with label Dia. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

Kau yang disana, aku rindu disini.

Mungkin hari ni aku rasa gembira. 
Jadi, aku mahu beri satu figura seorang. 

Hati
Kita mungkin kekurangan, tapi itu yang cuba kita lengkapi.
Kita mungkin tak sama, tapi itu yang cuba kita cari keserasian.
Kalau mahu Allah kita setia bersama, tak salah jika kita cuba dan terus mencuba.
 
Puas aku cuba kenali kau. 
Malangnya, aku tak bisa baca hati kau, aku tak bisa baca fikiran kau, aku tak bisa agak setiap gerak geri kau kata kata kau. Tapi, mungkin itu yang manis tentang kau.
 Ah, lama sungguh masa yang aku ambil.
Aku tak pernah cukup ruang cerita tentang kau, jadinya setiap cerita tentang kita. Aku simpan dalam dalam, dengan rapi dalam hati. 
Kali ini biar aku coret sedikit kisah kita. Moga berpeluang lagi.
Oh ya, buat kau. Terima kasih. 
 
Moga ada satu hari tenang lagi indah buat hati kau dan hati aku.
 


Tuesday, October 8, 2013

Dua dalam satu.

Aku godek godek blog dia. Lepas tu aku jumpa. Aku jumpa entri entri lama tentang aku. Tentang bagaimana kisah nya dulu. Tentang apa yang di katakan mengenai aku. Tentang cerita cerita yang berlalu.

Lalu, aku tertarik dengan ayat nya.

"Tapi satu sahaja niatku. Biar semua tahu. Betapa indahnya ciptaan Tuhan yang bernama Siti Rahmah."

Ya Allah, sayu nya hati rasa. Bergelinang air mata. Terima kasih kau yang menerima.
Pada masa dulu, dan in shaa Allah pada masa akan datang. "Dia" akan menjadi seorang lelaki yang baik.
Tabahnya dia tika aku melangkah pergi dari dia. Dan dia terus hidup dengan retakan hancuran hati yang aku robekkan dulu.
Hingga kini dia temu seorang gadis yang aku yakin, lebih baik dari aku dari segala segi dan gadis itu melengkapi dirinya.
Pernah dulu, aku kasihkan dia. Aku sayangkan dia. Sampai pada satu tika, aku tak tertanggung perit pada hati. Aku melangkah pergi.
Aku benarkan hati aku dihenyak dan diremuk.
Yang pastinya, itu masa dahulu.
Yang dulunya, aku masih dalam menemui proses kematangan aku.

Ya Allah, aku yakin keputusan masa lalu aku. Maka berikan lah aku menempuh ranjau dan liku lepas apa yang mendatang.

Lepas tu.
Aku terlihat.

"What goes around comes around"

Aku mengenali seseorang. Yang aku telah jatuhkan hati pada "si dia".
Tiada apa yang tidak mustahil.
Perkara lama berulang kembali, cumanya. Kali ini si dia yang pergi meninggalkan aku.
Meninggalkan dengan kata tanpa sebab musabab yang aku pasti.
Meninggalkan tetapi masih meletakkan hati ini berpaut pada jasad si dia.
Puas aku tunggu, puas aku tunggu. Tunggu dan menunggu.

Langkah nya berpatah kebelakang. Si dia kembali buat kali kedua. Peluang kedua.
Dan ...
Si dia pergi meninggalkan sekian kali. Kali kedua.

Mengertilah aku, sedang dia berbahagia dengan gadis yang melengakapi dia.
Si dia remukkan kembali. Tidaklah sehelai kertas kembali pada rupa asalnya lepas diremuk.
Begitu juga aku. Cumanya, Allah berikan hati manusia ini saling memaafi.
Aku maafi dan salahku lagi, aku menunggu si dia.

Buat "dia" moga berbahagia.
Buat "si dia" aku yakin, bahagia itu milik kita berdua.

Monday, September 30, 2013

Momento antara aku dan kau. Indah.

Satu figura bersama gitar bagai memanggil aku.
Aku curi lihat dari jauh, ternyata. Aku tak mampu.

Aku bangun, tetap dengan pendirian.
"Kena lebih dekat", bisik hati.
Dengan perlahan aku tinggalkan mereka.
Aku rapatkan kedudukan.
Aku eratkan penglihatan.

Satu persatu kau mainkan.
Dengan penuh penghayatan.
Lagu nya tepat.
Melodi nya indah.
Bait lirik nya menyerlah.
Dengarkan kau ulangi lagu yang cukup beri makna.
Cukup beri impak, aku takut tak setabah.
Sebab aku manusia hatinya rapuh.
Rapuh mendengarkan alunan lagu begitu.

Lagu bersilih ganti.
Tetap aku menanti.
Melihat.
Merenung.
Menjiwai.

Entah kenapa semuanya serba lengkap pada aku.
Kau seperti memahami aku.
Ribuan mata melihat kau dengan penuh rasa syukur.
Kau berikan satu kebebasan.
Kau berikan rasa yang perlu rasa.

Sedang aku khusyuk akan kau.
Dengan tidak semena, datang dia dalam khayalan aku.
Cilaka! Gangguan emosi sial.

Aku bingkas bangun.
Seluk poket dan aku keluarkan.
Aku keluarkan 2 keping not 1 ringgit.
Aku letakkan dalam beg gitar kau yang lusuh itu.
Aku berlalu pergi dengan senyuman.
Dan, terima kasih atas nyanyian yang kau sampaikan.
Meski kau dijalanan.
Kau tetap, dalam ingatan.

Kau, jejaka busking.

Tuesday, April 30, 2013

Ironik .

Bismillah , dengan kuasa Ilahi yang memberi kekuatan dan ilmu segala di dunia dan di akhirat kelak . Topik kita hari ni simple . Mulut .

Yes , exactly . Allah kasi 1 mulut 2 telinga . Agar kita lebih mendengar dari berkata-kata . Hakikatnya lebih kepada positifnya konsep ni sebab dulu aku telah menggunakan nikmat mulut sepincang dengan nikmat telinga sepasang . Tapi apakan daya . Allah Maha Mengetahui , sudah la hati ni kecamuk . Dengan mulut manusia pasca moden masa kini yang tidak punya batasan . Kadang kala aku kalah dan akhirnya , aku mengiyakan apa jua mulut mereka berkata . Sedar aku satu hari nanti , telinga ini pasti lali dengan segala yang keluar dari mulut mereka .

Ada pula satu mulut yang tidak mengucapkan satu bait perkataan maaf , ada pula mulut yang hanya zahir mengatakan ucapan sayang tapi hakikatnya bisu pada hati . Mereka yang melemparkan kata kata kesat supaya puas nafsu serakah hati tika syaitan kuasai diri . Indah kan dunia ? Siapa kata tak indah , hidup ni kita gunakan nikmat Allah dalam konsep suka hati kita . Lagi bila iman ni tak tetap kejap tinggi macam gunung . Kejap cetek dalam dasar laut sana .

Mulut yang penuh makna bila mereka tetap teguh utuh beri aku semangat setelah telingan puas mendengar kata maki hamun penipuan mereka yang tetap mereka tegakkan sedangkan hati mereka telah lama mati . Ini lumrah alam , tutur segala kata manis bila kau sayang . Tinggal bila kau bosan dan akhirnya mulut kau tagih kata maaf terhegeh konon tebus masa lalu kau yang dah lama berkubur . Ironik sungguh .

Lebih pahit bila mulut yang aku sayang serupa longkang penuh dengan sampah lempar kata kata yang tak pernah aku bayangkan dengan penuh rasa bangga . Sedih bukan , masalah sekarang ni bukan aku nak usung rasa tagih simpati sana sini . Cuma aku nak sampaikan , bahawasanya . Mulut adalah senjata pali effektif efisyen tajam dan pasti nya pasti kau tertusuk .

Kenapa perlu datang kalau pada hakikatnya kau sendiri yang meninggalkan .

Pathetic .

Blah dulu , moga mulut kau bukan durjana manis gula kapas tapi limau masam aku campak longkang .

Monday, April 15, 2013

150413

First of all , kalau rasa meluat dengan post title aku . Jangan baca selanjutnya sebab kau akan lebih meluat rasa nak muntah dengan apa yang akan aku tulis . So , baik close je tab ni . Aku dah warn awal awal kan .

Satu , gua rindu kawan kawan sekolah part I yang worth gila acah acah hidup mati ketawa menangis sama sama tu kan . Lagi rindu part yang kalau ponteng kelas beramai ramai . Tambah pulak dengan yang masa rehat pun kena jalan sama sama . Kau tak boleh dulu , aku tak boleh kemudian . Dengan segenggam memori aku campurkan secubit garam dan gula . Yes ! Lengkap la babyyyyy relationship kita semua ni . For sure la gua rindu Mok gua yang kacak luar kacak dalam kacak sana sini . Hikhik , next next gua rindu girlfriends gua yang acah acah macho gitu . Oh yeah ! Mirmo , Lely , Pyqa , Husna , Shida and Zaty yang sekampus tapi tak jumpa tu . Ala ala aku ade sweet sour memories dengan dorang la kan , sebab dorang yang macho macho ni semua punya gaya sememeh masing masing yang for sure la lekat dalam hati aku ni . So , tak lupa si cantik manis bro bro hero si gad gad ni terutamanya Mok , Juan , Anep , Ojan , eh tak lupa Pami dan Ayie . Hikhik , cantik manis je dorang ala ala hero hero Malaya zaman tok Kaduk dulu . 

Dua , gua rindu kawan sekolah gua part II tu yang awesome plus minus selebet gila tu . Hikhik , rindu Chooot , rindu Mira , rindu Rara , rindu Shep rindu jugak Shida . Sebab dorang ala ala tulang belakang aku yang tarik aku bangun masa zaman kejatuhan aku yang junam dalam tanah masa tu . Then Habib serta Juan yang jadi peneman setia masa balik . Oh okay dorang memang baik gila sanggup teman kan . Since ibu and ayah kenal semua kawan kawan so , mudah senang pantas laju and segala tatabahasa yang boleh digunakan . Ade yang tinggal idak eh ? Kalau ade yang tinggal . Sila tolong tambah kan . 

Tiga , gua rindu certain mamat ni even dorang ni just my tupperware . Who cares kan , selagi aku still 'be friend' . So why not kan nak cerita huhaaa huhaaa kat sini . Dari aku bercita cita nak jadi Firewoman sebelum terkubur dengan bidang Komunikasi aku ni . Aku kenal F1. Lepas tu aku jatuh golek golek dekat F2 pulak ini semua kerana warna putih yang aku addict selama ni . Aku sambung life aku lepas meet S3 tapi biasalah , ini semua sementara . Till i met H4 . And aku pun tak sure kenapa aku still sayang kat H4 ni kan lepas dia just left me without any words . Haaaah payah kalau cerita pasal hati . 

Empat , aku ala ala jadi exchange student kat satu skolah ni dalam 2 to 3 months macam tu . I met those people yang buat life aku jadi lagi wide and wider ! Oh so nice babyyyyy . Masa tu kau kenal dia begitu mereka begini . Masa tu baru aku rasa bila semua tak suka akan kehadiran aku dan sentiasa cari kesalahan aku yang mana aku tidak amik peduli at all ! Life must go on right . Jadi , aku punya kawan kat sekolah aku yang baru lagi cantik tu . Dari situ aku lihat dunia nyata and aku experience to be involve with others . Lepas usaha gigih aku untuk be the 1st in the examination end of the year kat sekolah baru tu . Well , aku dapat balik ke sekolah lama aku .

Then aku walk in dalam life yang aku gelar kan . Ini zaman kegemilangan dunia kelabu masa kini . Aku mula letak hati dan rasa percaya dekat girlpreng dunia kelabu masa kini aku . Yes , Hanis , Jeje , Yong , Husna and all of them yang kenal aku since CFS till i went into DEGREE :) Ohsemmmmm habis . 
Aku dah boleh manage life aku ikut cara aku yang poyo belagak bagus ni . Peduli apa orang nak kata . Move on la kiranya aku ni . Plus , aku belum habis degree so tak boleh nak conclude kan la macam mana kan . Korang tunggu la 4 years lagi . Nanti aku sambung . Hikhik . Sleep well guys . 

To all my babyboooooosok . I love all of you guys . 

Sincerely : Comel :D

Sunday, April 7, 2013

New love , ABU .

Hey uolls! Assalamualaikum and happy Sunday !
Okay since midterm aku tak jalan dengan lancar dan jayanya . Aku decide utk kasi 2000% for next day and another day . Okay here , back to the topic . I have a new one . Better than others . Kacak dalam kacak luar . Superb ! Terbaik ! Putih melepak . Licin kulitnyaaa . And nama nya ABU :D. Kenal Abu ni baru semalam and I was like falling in love in a first sight lah kan . So , aku pun decide utk memiliki Abu . Pujuk punya pujuk dan akhirnya Abu jadi milik aku . Lunch dengan Abu tadi and everyday akan ditemani oleh Abu  si kacak ! So tampan lagi manis dan comel lah Abu . Okay , thats all pasal Abu . Get ready get prepared la aku akan update pasal Abu sepanjang lifetime aku kat UIA ni . Sebab Abu akan sentiasa menemani dan aku akan menjaga Abu si kacak ni . Hikhik . Gelabah je ayat aku ni semua . Nanti eh aku upload gmbar Abu .





Wednesday, January 9, 2013

Life is short .

Merah itu cinta .

Jingga itu sayang .

Kuning itu bahagia .

Hijau itu indah .

Biru itu ketenangan .

Indigo itu inspirasi .

Ungu itu rasa kita .