Friday, January 16, 2015

Personal study tips.

Bismillah, moga perkongsian kecil ini memberi manfaat buat semua.

Berbalik kepada previous entry, aku nak kasi tips study kat university. Kalau engkorang rasa mudah and boleh nak ikut, korang ikutlah, tapi kalau rasa cara korang lagi best padu berkesan, ikut suka engkorang lah. Tapi aku ingatkan awal-awal, aku bukan student dekan tau, BUKAN STUDENT DEKAN so far.

Lillahitaala
ini benda paling basic kau kena ada untuk study and tak kesahlah untuk apa-apa pun yang kau buat sepanjang hidup kau. Yelah, aku tahu, nak belajar sebab nak dapat result bagus, cari kerja bagus, gaji banyak and bla bla bla. Tapi, kau kena ingat jugak, belajar kerana Allah ni banyak manfaat banyak yang kau akan dapat nanti in future. Allah permudahkan kau belajar, buat kerja, everything!

Doa Belajar
ini kau jangan lupa pulak, tiap kali sebelum mula study. Paling mudah nak ingat doa belajar doa ni, kena basahkan lidah dengan zikrullah.


Study Group
in fact, study group sangat penting untuk extra kefahaman kau about certain topic. Tapi jangan pulak buat study group bergosip kutuk mengutuk, lepas tu engko bukak buku, memang kesudah ler tak faham. Study group ni penting and sangat penting masa nak dekat exam. Usually aku buat dengan member yang tak rapat sangat dalam kelas, sebab kalau dengan member rapat memang tak jadi study. And plan awal-awal nak study tajuk apa, bahagi part masing masing untuk further explaination.

Recap
ini part yang aku paling jarang nak buat, sebab kalau dah balik bilik campak beg memang katil ni memanggil manggil. Dia punya padu katil ni boleh pergi jauh kau totak! Cuma, recap kena buat at least kau amik masa 10 minutes per subject. Kena consistent la tapi, jangan harini kau recap esok kau ngadap COC pulak. Just slight recap je janji kau tak lupa

Class notes
class notes ni sangat penting untuk manusia macam aku yang tak faham kalau baca notes orang lain. Sesetengah orang mmg faham baca notes copy paste ni, tapi aku tak. Tips untuk class notes ni tak banyak, kau fokus untuk the first 30 minutes dalam kelas pun dah cukup bagus, hahaha. At least lect dah explain briefly apa yang dia nak ajar, kan. Aku memang tak boleh nak fokus lama-lama masa class, banyak sangat benda yang distract. Phone, perut, orang lalu lalang pun ganggu fokus aku.

Original Book
hehehe, ini mesti ramai yang tak setuju. Sebab apa? Sebab original book usually harga mahal nak mampos. Tapi itulah, feeling belajar dengan buku ori and ciplak ni lain babe. Feel ni, bau dia, pehhh semangat. Aku memang suka beli buku, tapi yelah ada certain subject tak pakai buku, pakai p/p notes je. 

last but not least, study last minute tu memang membantu, untuk student malas baca buku macam aku. 

Selamat!

No comments:

Post a Comment