Monday, August 27, 2012

Without title .

Cinta itu Allah yang bagi rasa .
Alhamdulillah , aku pernah merasakan apa itu cinta .
Walaupun ia kadang kala singgah hanya sebentar di hati .
Sedar atau tidak . Cinta itu indah dan dalam masa yang sama ia cukup mencabar .
Dari mental , fizikal dan iman yang pasti .
Bila kau sedar cinta hanya sekadar cinta .
Kau sendiri mengalihkan hati yang telah kau pahat dulu .
Esok kau sendiri yang larikan diri dari kenyataan yang dah tertulis .
Biasalah aku kalau dah mula madah tentang cinta .
Yes , memang tak banyak pengalaman .
Tapi yang dah sedia ada ni cukup buat aku berkata apa yang aku rasa .
Allah kurniakan rasa cinta kepada aku .
Tanamkan rasa cinta dalam hati aku . Supaya . . .
Aku sentiasa mencintai yang layak dicintai .
Cinta juga tak bermakna kau memiliki .
Kerana cinta kau perlu berkorban .
Korbankan segala rasa yang kau punya .
Menyerah kala kau dah tak mampu bangun menapak kaki .
Dan aku , menanti entah kemana cinta aku pergi .

No comments:

Post a Comment