Dunia khayalan , penuh dengan segala macam ragam manusia yang hati kering serta sering terdedah akan nafsu serakah semata . Lagi hidup yang makin hari makin membusuk hati nya . Punah segala harapan dan tingkah tingkah durjana . Aku terus melangkah dan melangkah dari satu tapak ke satu bukit yang tinggi . Oh atau aku cuma insan biasa yang kau pandang sebelah mata kerana di depan dunia milik kau . Ada dia yang kau rasa sempurna . Tapi hanya sekali kau akan merasa sesak dalam hati kau kerana kau terlalu mementingkan diri kau yang sekali kau tak pernah rasa hina . Oh itu kerana kau , kau seorang yang penuh dengan pendirian bukan dari ilmiah pelajaran masa kini .
Jangan kata aku merepak sebab aku hanya menulis apa yang terlintas . Bagi mereka yang memahami segala penulisan Bahasa Melayu B+ aku ni , aku angkat dagu , dongak kepala . Dan terus bertanya . Apa yang aku rungkaikan ini bukan satu pemahaman . Ia satu penulisan tidak berasas sedang aku berada di dalam pembelajaran berterusan .
Ini semua bukan propaganda politik zaman moden di Malaysia , ia cuma propaganda polemik yang sungguh sadis dan menyayat hati . Baiklah , aku tinggalkan cerita buruk ini dengan harapan satu hari nanti , akan aku sambung penulisan ini .
Tinggal dahulu .
No comments:
Post a Comment