Showing posts with label Liku Hidup. Show all posts
Showing posts with label Liku Hidup. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Heart and Soul .

Bismillah, salam Ramadhan 13 hari. Salam Isnin, salam Selamat Malam. We need to talk, talk to each other. From heart to heart. From mind to soul. Entah kenapa, sampai satu tahap. Kau penat dengan semua yang jadi. Kau cekalkan kat hati, kau let go semua rasa yang tak pasti. Kau ambil tidak peduli semua disisi. Unfortunately, itu yang berlaku.
Aku penat, penat pada tahap yang aku sendiri tak mampu putuskan. Dan akhirnya, aku biarkan berlalu. Agar ia berlalu dengan penuh pantas, supaya tidak aku imbas kembali. Kadang-kadang kau tak perlu perhatian, cukup mereka beri kau ruang. Beri kau rasa kasih sayang.
Langit tak selalu cerah, tak mustahil mendung berubah beralih arah. Aku cuba teguhkan rasa aku. Tapi pada akhirnya, aku juga yang mengalah. Mengalah pada satu perkara yang aku sendiri tak pasti. Yes, silent means everything. Everything ! Sama ada kau dapat rasa mahupun tak. Aku cuba, cuba sedapkan hati aku. Sedapkan dengan segala perkara positif. Dan juga aku taburkan segala negativiti aku bersemadi bersama rasa yang hidup sebatang kara.
Bila aku dah penat, cukuplah dengan semua yang jadi. Aku benarkan, ia berlalu.
Sampai bila aku sendiri kurang arif, kurang pasti. Cumanya, aku yakin. Ini permulaannya.
Aku cuba usap hati, kasi tenang. Tapi aku tau. Itu semua tak mungkin terjadi. Maka, aku sujud mohon ketenangan. Mohon perlindungan. Mohon ketabahan. Mohon petunjuk, yang pasti mohon ampun sejuta maaf.
Ya aku tau, aku hanya produk. Produk keluaran, keluaran masa lalu. Prinsip kita berbeza, cuma rasanya sama. Rasa hormat, rasa sayang, rasa cinta, rasa rindu, rasa kasih, rasa kebahagiaan, rasa percaya.
Maaf  atas segala perbuatan, maaf atas segala kata-kata, maaf atas segala kelakuan, maaf juga atas perasaan datang dari hati.
Moga keadaan pulih seperti sedia kala.
Loves :*

Tuesday, June 4, 2013

Gua okay , gua okay .

Assalamualaikum and hey hey hey . Okay here , exam belum habis lagi . Cuma addicted dengan blog ni memang pesen tak boleh nak simpan lama lama . So , here I am . Blogging macam takde keje lain nak buat , blogging macam habis semua buku aku santak dalam pale otak . Blogging macam esok takde hari lagi buat aku . Phewww .__.
Esok ibu balik dari umrah . Oh I'm so glad :) Seronok kayyy ibu kat sana . And , thanks a lot kat ibu masa aku final exam ibu tak putus putus doa untuk aku yang pemalas nak mampos ni dapat jawab tiap paper . Lagi masa paper Political Sciences yang memang tak boleh nak get along dengan aku lama lama tu . Tenang ya amat masa jawab paper tu even though kelam kabut gua study dua puloh enam chapter tu macam hareeeeem . Okay next , end of this week dah boleh balik rumah ku sayang ku and next Monday . Congratulation to my lovely honey bunny mucuk macam . Ayah dah gradddd hoi , gua bila lagi . 4 taon lagi ni haa gua nak kena mencapap kat library tu . Gua okay gua okay .
Semalam , boleh la kira semalam sebab ni pun dah masuk Selasa kan kan kan . Semalam birthday girl punya tarikh jalan keramat , hikhik . Happy Birthday once again youuu .
And gua still ade lagi 2 paper nak kena perang lahat datu ni , hadith and comm . Dan gua juga ada hati yang gua nak kena jaga nih , penat dah ni hati gua buat main masak masak . So kena recover balik . Plus , gua ade misiku Rahmah sepanjang cuti sem ni . Oh oh oh tunggu .
Last but not least , gua kena tidur sekarang ni .
Night peeps :)

Thursday, May 2, 2013

Pergi jangan kembali .

Salam petang yang dingin . Akhirnya , hari ni dengan sah dan pasti . Maka aku berhenti , berhenti berharap , berharap yang kau jadi aku punya satu hari nanti , nanti punya nanti cukuplah penantian yang tak pasti , yang pasti .

I'm quit . 

Berhenti dari segalanya yang berkaitan dengan kau . Aku berhenti setelah sekian lama aku tunggu benda tak pasti . Aku berhenti dari menyayangi , aku berhenti merindui . Yang paling aku yakin , cukuplah sampai sini . Cukuplah tengok kebahagiaan kau dengan orang yang memang kau sayang . Dah cukup bagi aku lihat kau tenang gembira dari jauh .

Pergilah wahai hati , pergi jangan datang kembali . 

Sunday, March 3, 2013

Budak mentah kayak aku .

Bismillah , kita terus kat ape yang aku nak cerita eh . Malas nak intro . Think guys think ! 

Keseimbangan yang perlu ada pada setiap insan yang punya otak yang bisa memikir baik buruk sesuatu itu atas dasar logik dek akal dan rasa yang kau pasti datangnya dari hati , ia dinamakan instinct . Manakali bagi mereka yang keputusannya tidak logik dek akal dek kerana ikutkan hati hanya punya 2 perkara yang mengaitkan , sama ada mereka dalam percintaan ataupun dalam penilaian . Aku bukan yang pertama dan mungkin dalam golongan yang kedua . Yang masih mencari keseimbangan dalam diri aku , yang masih belum tentu hala tuju , yang masih aku belum corakkan kain putih aku dek kerana aku masih dalam golongan mereka yang RAGU-RAGU .

Melankolik sungguh hidup yang belum punya keseimbangan ni , well . I lied .

 Kain kafan pun dah tunggu aku kat sana , cuma masa yang menentukan . Seimbang ke idak , aku tak dapat nak ukur kat sini , mungkin sebab keseimbangan itu sendiri punya makna yang subjektif dalam aspek yang pelbagai . Lelaki dan perempuan , duit dan nafsu , pahala dan dosa , iman atau jahil , hitam atau putih umahupun gelap dan terang . Itu semua punya keseimbangan yang tersendiri yang aku rasa bukan mudah untuk aku interpret dalam pemahaman aku . Yang boleh aku conclude kan kat sini , macam mana nak cari keseimbangan itu , adalah dengan kau menyerahkan segalanya pada Dia . Eh ! Kat sini bukan aku kata "serahkan" itu dengan kau enggan berusaha dan hanya serahkan pada takdir . Dan bila takdir membawa kau dalam satu situasi yang kau sendiri tidak mampu hadapi dan kau mula menyalahkan takdir . Bukan begitu ! Menyerahkan kat sini . . . taknak la usaha doa tawakal . Itu memang betul cuma nyaaa , aku rasa . Lebih kompleks kalau aku kata menyerah ni macam kau ikut kata hati kau and logik dek akal yang dalam masa yang sama kau tahu Allah itu akan berikan yang terbaik buat diri kau . Mudah kan :) . 

Balancing bukan macam dalam account yang kau belajar kalau dah sama rata , go to the next question . You wish ! Balancing kat sini maybe bila kau RASA kau dah balance and kau still improve diri kau buat something better than that . Everyone have their own perspective , and aku . The type of person yang memang lah degil kerana dek logik akal aku yang kononnya aku jelaaaa yang betul and sangatlah ikut instinct aku bila aku rasa itu yang terbaik . Itu namanya otak serta saraf saraf hati aku ni berfungsi dengan baik . Wink wink ;) .

Hey! Jangan close tab dulu , ada benda aku nak cerita . Ini life weh life !

Next kita try chapter baru , "second chance" . Do you believe in that ? Well , i do believe but sometimes i don't . Kenapa ade sometimes kan ? Aku try ber-monolog dengan Rahmah . Hewhew , and aku rasa aku ada jawapan nyaaa . Why not kita kasi negative negative dulu , yelah . Malaysian kan suka pikir yang negative dulu rather than posititve yang tentunya baik kan . So , buruknya disini second chance tu MUNGKIN sebab orang dah kasi first chance lepas tu kau tak hargai ! Manusia jenis ape kau ni der ?! Well , benda ni boleh jadi dalam banyak perkara . Tapi biasalah bebudak remaja zaman moden berteraskan ilmu agama yang semakin luntur . Banyak sangat dah perkara macam tu jadi , banyak sangat kisah kisah yang tak perlu aku cerita , korang boleh dengan kat tv (bagi mereka yang tgok tv) , korang boleh baca kat surat khabar (bagi mereka yang beli la) and sekarang zaman teknologi der ! Semua bukan takat hujung jari , tapi semua nya boleh dari taik mata ! Lihat sekeliling hoi , takpun korang pi tanya Uncle Google yang lagi bnyk information dari aku . 

Peluang kedua tu buruknya sebab kau toleh kebelakang pandang masa lalu kau yang tak berapa nak indah tu kadang kadang , banyak kau habiskan buat benda tak manfaat (macam aku) . Lagi la sekarang ni , manusia mana reti nak hargai peluang pertama ke kedua ke ketiga ke berapa pun la . Take for granted sangat sekarang ni , mana nampak rembat . Bukan nak pikir guna akal tanya kat hati , main sebat je semua . Itu laaaa mungkin buruknya (bagi aku la) . 

Manusia ade cara memikir yg tersendiri kan .

Oh before aku terlepas pandang and terlepas pikir dan tulis , positif nya second chance ni sebab kita boleh improve mana yang kurang . Totally agree kan kan kan ?! *sep tangan* 

Cuba kau banyangkan , kau masuk tandingan nyanyi nyanyi , ade 2 3 stage yang kau kena lepas . Then bila dah lepas 2nd stage kau go on to the next door which is 3rd stage . Lepas tu kau tak lepas pulak kan , tapi brother macho blkg korang lepas dengan 3 bintang . HAHA , then tiba tiba , penerbit announce , akan ade second try !! *senyum kambing* . So , kau nak nyayi macam 2nd stage tadi ke or kau improve skill nyanyian kau ? For sure kau improve kan , so kau boleh la terpilih to the next chapter of the audition . Itu kira second chance la tu , setiap orang DESERVE peluang kedua . Cuma cara dia menghargai peluang itu atau tak je , kau tak boleh nak paksa . Kadang kadang dorang pun bengap jugak , lagi lagi budak budak yang baru nak UP tu . Sekadar kejar hot dalam laman soSIAL ni . 

Biarkan mereka , mereka tidak tahu . 

Ape kata aku continue lagi dalam next entri . Macam dah panjang sangat je aku bebel kat sini . Letih nak naip nye ni . Naik pinar pinar biji mata aku , saraf saraf aku pun makin laju neuron neuron tu pegi . So , sleep well readers ! Assalamualaikum .

Thursday, February 7, 2013

Step by step .

Esok ade hari baru yang kena tempuh , semalam pun aku dah jalani dengan penuh bangga . Dan alhamdulillah , hari ni everything goes well . Kata orang , kalau nak berubah kena betul betul rasa tu datang dari hati . In shaa Allah , ade jugak impian degree selain nak further study sejauh yang mampu . Perubahan tu semua orang nak kan . Siapa yang taknak berubah jadi lebih baik . Tapi kat sini bukan aku nak cakap aku nak tunggu hidayah dulu ke ape baru aku nak berubah . Cuma , aku perlukan moral support dari orang sekeliling aku supaya aku dan mereka boleh sama sama berubah ke arah yang lebih baik . Tipu lah kalau UIA ni tak bagi impak langsung dalam hidup aku , well . Sedar tak sedar , dah hampir 2 tahun aku belajar under UIA . Seriously banyak benda yang aku belajar . Dari first day kat sini till now . Alhamdulillah , even aku ni yang payah nak bangun subuh . Roomates still tak putus asa kejut aku puluh kali . Itu pun kadang kadang macam terpaksa aku bangun subuh . Jihad kau tahu tak . Mula mula memang la macam terpaksa , tapi lama lama dah jadi biasa kan . So why not kita try berubah . Nak tunggu bila lagi kan . Hidup kita ni bukan kita yang tentukan nak pergi bila . Mana aku nak mula , aku pun tak berapa pasti , cuma hati ni terdetik . Apa kata kalau kita mulakan dengan solat dhuha tiap pagi kan . Pintu rezeki kan tu , try to improve myself . Lepas ni kita boleh buat yang lain pulak , slow slow . Moga Allah permudahkan niat aku . Lepas ni perangai pun kena ubah sikit kan , be more matured . Dalam segala hal , aspek dan juga pemikiran ni . Next what yaaa , acelli macam banyak je aku nak cerita tadi , tapi nanti laa . Asar dah ni , solat yukkk !
Assalamualaikum :)